Assalamualaikum..
“Errr..Agaknya bila awak boleh bayar duit saya yang awak pinjam dulu
yee??”..Serba salah kan bila kita berada dalam situasi yang seperti ini,ditelan
mati emak,diluah pula mati bapak..lebih parah lagi bila melibatkan kawan
sendiri .Aduhh!!..Tension!..Sepatutnya situasi seperti ini tidak perlu wujud
kerana orang yang dah pandai-pandai guna duit orang lain tu sendiri yang perlu
ingat sebab dia dah berhutang.Tak perlulah dipetik dalil-dalil dan bawa masuk
ke dalam entri ni untuk menerangkan bahawa hutang itu WAJIB untuk
dibayar.Rasanya sudah terang lagi bersuluh,dari kecik lagi kita dah tahu
perihal ini.Pelik dan sedih sungguh hati ini,kalau kita tengok situasi dimana
pemberi hutang yang rasa bersalah nak tuntut hak padahal orang yang berhutang
buat don’t know jer.Kita kena
faham,kalau kita susah kita mintak tolong orang,bila orang dah tolong please la
jangan buat dia macam tu pulak kan,mungkin selama ni kita tak sedar dan mungkin
terlupa jadi sebab itu sheera ingatkan..hihi..Bukan nak marah,bukan nak
melenting tapi Cuma sekadar satu perkongsian.Well,Nasihat kan tandanya
sayang!..Well,I love you all soo much! Cuma beringat la selalu,jangan sampai
ada orang lain yang menderita dan maybe sampai
tiada duit nak makan sedangkan kita
bersenang lenang dengan hak yang sepatutnya milik dia..jenoh kita nak menjawab
di akhirat nanti..ermmmm..
-Jangan ambil mudah perkara yang pada
hakikatnya berat..
Sama-samalah kita memperbaiki diri.. Even diri
Sheera ni pun byk kekurangannya,Jika salah betulkan dan tegur lah yee dengan
cara yang berhikmah ..peace no war ..
Thanks for reading..~Inspired Love
No comments:
Post a Comment