Followers

Wednesday, 12 June 2013

jiwa kacau..

Assalamualaikum..untuk entri hari ini jiwa kacau yee,mesti korang pening tak sat baca entri kat blog
http://sheerarosman.blogspot.com/ nie guna kata ganti nama diri 'aku' tak sat guna 'sheera'..ah! mana-mana jer la,ikut mood dan kesesuaian kan..heh heh heh..

Mungkin sheera boleh menjadi pendengar setia kepada masalah dan keluh kesah rakan-rakan walaupun di saat itu hati ini pun dilanda keresahan.Tapi demi untuk menghilangkan keresahan di jiwa orang yang sudi menceritakan kebahagiaan mahupun kedukaan,sheera tetap setia mendengar dan tersenyum untuk mereka walaupun senyuman itu bukanlah kuntuman hati.Cuba korang bayangkan,di saat korang sedang kecewa atas sesuatu,di saat tu mungkin rakan korang sedang bahagia atas kejayaannya.Dia berhak gembira atas kejayaannya dan kerana hakikat itu la kadang-kadang sheera cuba untuk merelakan jiwa..jap 'ku relakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu'..eh eh melalut pulak..merelakan dan memaksa jiwa ini untuk tumpang kebahgiaan mereka.Insya-Allah,kebahagiaan kawan-kawan adalah kebahagiaan sheera jugak.

Sheera jenis orang yang susah untuk berkongsi hal peribadi ataupun rasa kecewa dengan orang lain.Mungkin orang boleh melihat senyuman di wajah walaupun ketika itu hati ini sedang menangis dan meminta ditinggalkan sendirian untuk melepaskan semuanya.senang cerita,sheera agak tertutup tentang perihal diri sendiri tapi bila perihal kawan-kawan banyak yang sheera tahu dan jangan risau yee kawan-kawanku,semuanya selamat tertutup rapi.ada bakat jadi kaunselor tak agaknye?.. sheera suka menulis,blog nie mungkin boleh menghilangkan sedikit keresahan apabila berkongsi serba sedikit pengalaman hidup dalam entri-entri yang tidak seberapa.

Notis berhenti kerja dah pun tersedia,tinggal print then bagi jer.24 june nie mungkin hari terakhir sheera bergelar cashier,ternyata cashier is not my life.Sementara menunggu panggilan universiti,sheera nak belajar menjahit nanti bole tolong mak,lagipun nak dekat raya ni banyak tempahan yang mak nak kena siapkan.Sheera nak belajar menjadi suri rumah yang berjaya macam mak..muahahaha..Lepas ni,berjanji dengan diri sendiri nak menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan dah tak nak kerja macam ni,bila nak kerja kena buat benda yang kita minat barulah hati pun tenang dan syok jer...buat masa nie,doakan sheera dapat tabah buat kerja nie untuk lebih kurang dua minggu je lagi sebab kalau ikutkan hati,esok pun dah tak nak pergi kerja..mak jer yang kuatkan,mak cakap'alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan'...aduhai mak-mak,anakmu ini sengsara..huhu

ikhlas,
yang yang memohon ketenangan..

ok,sampai jumpa lagi..da!


No comments:

Post a Comment