Awan tak selalunya mendung,langit tak selalunya cerah.Namun,jangan risau sebab kan ada awan nano..keh keh keh..Begitulah awan nano setia melindungi tika panas mencuba menggores pipi..ehem,comeback2..
Awan nano tu buat apa,cuma indah khabar dari rupa..jelas2 tak boleh pakai..Al maklumlah,lidah tidak bertulang..hurmm,cuba korang check lidah masing-masing..ha??? ada tulang?..jikalau begitu anda dinasihatkan untuk berhenti membaca entri ini kerana anda adalah makhluk asing dan dikhuatiri tidak dapat untuk memahami apa isi yang cuba untuk disampaikan..jeng jeng jeng..
Hakikat kehidupan memang tak seindah mimpi,tak secantik cerita dongeng sebab hidup kita pada paksi realiti.Realiti tu bukan untuk dihindari tapi untuk kita hadapi walau dengan apa cara sekalipun.
Berdasarkan pengalaman sheera yang sebelum ni naive atau 'tak tahu apa-apa',selalu ingat bila kita beli barang kat pasaraya selalunya tiada kesalahan sebab berdasarkan komputer,so tak perlulah nak check resit.It's wrong!...sheera nasihatkan kepada semua supaya tolong check resit korang,mana tau double scan ke,harga lain-lain dan sebagainya.Setidaknya boleh claim balik dan gunakan kuasa pembeli yang korang ada tapi tak perlulah nak melatah atau melenting sebab cukup dengan menggunakan lisan secara berkhemah dan insya-Allah semuanya akan dapat diselesaikan.Yup!..risiko melakukan kesalahan dalam transaksi tetap berkeliaran walaupun peratusnya sedikit.Perlu diingatkan,di sini bahawasanya kesalahan itu bukan disegajakan dan tiada istilah suka-suki yee..
Sekarang ni masalah jerebu merupakan topik utama yang hangat diperkatakan,isu semasa lar kan.Jerebu ni sangat tidak bagus untuk kesihatan terutama bagi yang menghidapi asthma,Sheera nasihatkan korang jaga kesihatan elok-elok dan sangat digalakkan untuk memakai mask atau topeng muka agar habuk yang kotor tu tak masuk dalam badan kita.Ni nak share sikit..baca yee kawan-kawan..
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
![]() |
#thanks 4 reading..:) :)
No comments:
Post a Comment