Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Memandangkan dah lama blog ni tak diusik jadi.. haa!.. Hari ini nak share
sedikit berkaitan resepi yang mudah,ringkas dan cepat..iaitu kuih yang kita
panggil Suci dalam debu/popia nestum ..Sebenarnya,resepi ni kacang je
dan bole kita dapati dari carian google dan bila kita cuba confirm jadi
la.. Tapi disebabkan suatu ketika dahulu ada permintaan daripada ex-roommate
kesayangan,cik yaya..katanya dia nak resepi yang sheera dah cuba sebab confirm
jadi..ada- ada je yaya ni,nak juga bagi kerja kat kita kan..apa-apa pun maaf
yaya dia atas kelewatan yang maha lewat..haha..Then, I am come out with this
entry!
Bahan –bahan
yang anda perlukan ialah :
-sebungkus kulit popia
-secawan nestum (dikisar)
-1/2 cawan gula (dikisar)
-1/2 cawan susu tepung/Horlicks/as you like (dikisar)
-sedikit tepung gandum(sebagai gam)
-minyak masak (untuk menggoreng)
Cara membuatnya :
1 1) Ambil kulit popia dan
bentukkan mengikut citarasa (kalau sheera, suka buat yang petak-petak..satu
kulit popia tu kerat melintang kepada lima bahagian dan setiap bahagian itu
dilipat).gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air agar
tidak terbuka ketika menggoreng.
22) Untuk menggelakkan kulit
popia daripada mengeras dan menyulitkan proses pembentukkan atau
penyimpanan,boleh la tutup bekas yang berisi kulit popia dengan tuala .
33) Panaskan minyak untuk
menggoreng,semasa menggoreng kena la selalu membalikkan kulit popia agar sekata
warna dan masaknya.
44) Sementara menunggu kulit
popia sejuk dan tos minyak, bole la sediakan bahan-bahan yang perlu dikisar
untuk membalut kulit popia tu nanti.
55) Balut kulit popia
tersebut dengan bahan-bahan yang telah
dikisar. Akhir sekali,boleh la simpan ditempat
yang kedap udara.
Suci dalam debu ni memang best tau, sheera memang suka
sangat menikmati kuih ni walu dimana jua..hehe.. cara membuatnya nya pun senang
saja kan .Kini giliran anda pula untuk mencubanya J..
Masa musim raya yang baru-baru ni sheera ada ambil tempahan untuk biskut ni dan
Alhamdulillah sebab tiada la krik krik sangat.Terima kasih kepada saudara mara terdekat yang telah memberi sokongan . Ada orang tu
pun suka jugakkkk… hihihi
# Thanks for reading and commenting #InspiredLove
No comments:
Post a Comment