IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS
PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN (LG32)
SINOPSIS
Haiwan ternakan merupakan salah satu daripada sumber makanan
yang utama. Oleh itu, adalah amat penting sumber ini diberi perhatian khusus bagi memastikan sektor pertanian menjadi lebih kukuh. Program ini direka bentuk bertujuan untuk mempelbagaikan
sektor pertanian, di samping menyokong aktiviti pertanian yang
berkait rapat dengan kesihatan dan perubatan veterinar. Program ini
dirancang untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran untuk menerokai industri baru berasaskan sains haiwan yang mencabar. Program ini juga memberi penekanan kepada
penggunaan teknologi bagi menjayakan proses peternakan akan
digunakan meliputi kaedah dalam memastikan bidang sains peternakan dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan produk. Kesemua
ilmu ini dibentuk untuk memastikan konsep keusahawanan melalui
proses industri berasaskan sains haiwan, difahami oleh kerana ia
berkait rapat dengan sektor ekonomi. Program ini menekankan
kepada peningkatan daya pengeluaran sumber haiwan melalui penjagaan sistem peternakan yang berkesan dan sihat.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, graduan akan :
Dapat memperolehi serta mengaplikasi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman dalam bidang sains peternakan, di
samping berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan.
Dapat menganalisis isu semasa dan berupaya mengkaji kaedah
penyelesaian dan membuat keputusan secara inovatif dan
kreatif dalam menangani pemasalahan untuk meningkatkan
industri peternakan di nagara ini. Di samping itu, pelajar diharap akan dapat mempelbagaikan ilmu pengetahuan ke arah
mewujudkan industri pembuatan yang mempunyai nilai tambah dan nilai komersial.
Menyumbang dalam menjanakan sektor ekonomi dalam
proses perindustrian Negara berasaskan sumber sains haiwan
dan sains peternakan.
Graduan yang dilahirkan mampu mewujudkan kerjaya sendiri
menggunakan ilmu pengetahuan yang dimiliki melalui aktiviti
keusahawanan, di samping dapat menyediakan peluang pekerSTRUKTUR PENAWARAN KURSUS
TAHUN 1
Semester I: Biokimia dan Mikrobiologi, Biodiversiti, Matematik
Asas, Ko-Kurikulum I, Bahasa Inggeris I, Titas.
Semester II: Genetik dan Biologi Molekul, Kimia Am, Anatomi dan
Fisiologi Haiwan, Asas Keusahawanan (Elektif Keusahawanan),
Bahasa Inggeris II, Ko-Kurikulum II.
TAHUN 2
Semester III: Biometri dan Rekabentuk Eksperimen, Kesihatan
Haiwan, Genetik dan Pembiakbakaan Haiwan, Bahasa Inggeris
untuk Sains, Hubungan Etnik, Elektif Keusahawanan.
Semester IV: Industri Poultri, Industri Ruminan, Teknologi
Makanan Ternakan, Ekonomi dan Pemasaran Penternakan, Falsafah Ilmu, Elektif Keusahawanan.
TAHUN 3
Semester V: Pengeluaran Ternakan, Industri Haiwan Peliharaan,
Industri Akuakultur, Bahasa Asing I, , Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia, Profesional dan Etika Moral.
Semester VI: Latihan Industri
TAHUN 4
Semester VII: Pengeluaran dan Keselamatan Sumber Makanan,
Pengurusan Ladang Ternakan, Pengurusan Pengeluaran Akuakultur,
Tajuk Khas dalam Peternakan, Projek Penyelidikan I, Bahasa Asing
II.
Semester VIII: Perancangan Perniagaan Ternakan, Projek Penyelidikan II, Bahasa Asing III, Elektif Program I, Elektif Program II.
KERJAYA
Graduan program ini dijangka dapat memenuhi permintaan guna
tenaga dalam pelbagai industri berasaskan pertanian, bioteknologi,
pertanian, industri berasaskan pertanian, di samping pengeluaran
makanan daripada sumber haiwan. Ini meliputi industri daripada
kalangan pihak swasta ataupun syarikat berkaitan dengan kerajaan.
Ini meliputi dalam kerjaya peternakan ataupun industri dalam proses
hiliran yang berkaitan.
Graduan juga boleh melibatkan diri dalam bidang penyelidikan bagi
melahirkan inovasi terkini dalam usaha membantu perkembangan
Tempoh Pengajian : 8 Semester (4 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan ijazah : 120 jam kredit
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dekan,
Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa
16100 Kelantan
No.Tel:09-7717226
No.Faks:09-7717232
E-mel:dean.fasa@umk.edu.my
Laman Web:www.umk.edu.my
copy kat internet jer nie..untuk info..hehe :P
No comments:
Post a Comment