Assalamualaikum..
Lebih dari sepurnama rasanya jari jemari ini tidak bekerjasama menekan butang keyboard buat blog tercinta.. mungkin nafsu menulis dibawa pergi angin menyinggah.. ok2,sudahlah berkhayal kan..hihi.. disebabkan rasa untuk menulis Allah dah pulangkan kembali jadi sheera nak bagi update sikit pasal diri sendiri..muahehe..
Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan diuji apabila mak tercinta terlantar sakit sekarang nikmat kesihatan buat mak dipulangkan sedikit demi sedikit..syukur yang tak terhingga padamu ilahi.. melewati fasa-fasa kritikal sehingga diri ini hampir berputus asa dan bersedia untuk menerima hakikat mungkin selepas ini hidup tanpa doa seorang ibu..perit..waktu yang sangat sukar, dengan peperiksaan akhir sem yang merapat tapi fokusku ghaib disebabkan teringatkan mak yang masih di hospital ketika itu..tanpa berfikir panjang,aku meninggalkan kuliah, pembentangan,assignment,mini projek dan semuanya untuk sentiasa dipangkuan menjaga mak tercinta.. Kerana peperiksaan yang semakin mendekat,pembentangan dan mini projek yang harus aku selesaikan justeru aku harus kembali semula ke universiti untuk melunaskan tuntutan ilmu yang merupakan cita -cita dan harapan mak,ayah,adik dan orang-orang yang mencintai diri ini.. yee..Ada pensyarah yang memahami dan sangat memudahkan urusan aku yang gusar ketika itu tapi ada juga yang tetap bersikap tegas dan enggan memberi toleransi..pembentangan berkumpulan yang sepatutnya dilakukan 6 orang tapi aku harus melakukannya secara individu untuk mendapatkan carry mark ..yang itu,aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menambahkan markah..ada juga pensyarah yang terus meletakkan markah 'kosong' tanpa menilai terlebih dahulu alasanku.Mana lagi dengan beberapa kelas yang tertinggal dan aku tidak tahu apa-apa berkaitan topik yang dibincangkan.. Mujur Allah hadirkan sahabat -sahabat yang banyak membantu..
Dengan ujian kesakitan yang menimpa mak yang tak sedarkan diri di hospital samalah seperti ombak tsunami yang datang melanda dalam keluarga.. mana tidaknya,sumber pendapatan buat keluarga terus terhenti apabila ayah dan mak tidak dapat lagi berniaga seperti biasa.Hari-hari ayah terpaksa berulang alik ke hospital yang agak jauh juga dari rumah.. aku anak sulung dan hanya ada seorang adik ,jadi kami harus bertukar giliran untuk menjaga mak dan juga menguruskan rumah..bayangkanlah sumber ekonomi terhenti,mana dengan duit minyak untuk ke hospital,makanan harian,bil-bil yang tertrunggak..tapi Allah sentiasa ada,walaupun begitu kami sekeluarga tetap boleh menjalankan kehidupan seperti biasa..Saudara mara,insan tersayang,sahabat-sahabat tidak putus-putus memberi bantuan dan sokongan..terima kasih.. jasa kalian tidak akan pernah terbalas..insyaAllah andai suatu hari aku diizinkan untuk mendakap kejayaan, kalian sentiasa dalam ingatan dan aku akan sentiasa bersedia untuk membantu andai memerlukan..InsyaAllah ..
Rezeki Allah itu luas sangat kann.. Kalau nak dicerita semuanya..memang x akan habis .walaupun dengan dosa yang menggunung,Allah tetap memnghulur pertolongan buat hambanya yang meminta..
Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir dah pun keluar..satu keputusan yang tak aku sangka untuk sem ni!..xde la dekan pun tapi cukup membanggakan mak,ayah,adik dan orang tu..hihi..aku percaya ini bukan sahaja kerana usaha aku bertungkus lumus tapi juga berkat doa dari seorang ibu,ayah,kelurga dan semua yang mendoakan.. Alhamdulillah..
Berbaktilah buat kedua orang tua selagi kau masih miliki kesempatan itu... sekian..
InspiredLove SheeraRosman
No comments:
Post a Comment