Followers

Sunday, 12 January 2014

Ending of sem 1.. :)

Assalamualaikum..dua hari lepas sheera,izzah dan kak hana pergi ke Tanah Merah dengan tujuan untuk membeli tiket bas untuk kak hana tapi,as usual..sambil menyelam minum air..Bila masanya lagi kitorang nak outing ,jadi kami pun ambik kesempatan ni untuk luangkan masa bersama.kereta proton viva yang disewa meredah hujan dari Jeli ke Tanah Merah dan of course dari Tanah Merah kembali ke Jeli.
Lokasi pilihan untuk dituju disaat perut sedang kelaparan adalah KFC sebab itu jer tempat yang kami familiar nak2 tengah hujan so we need fOOd..huhu..tak ble bla betul my reaction in the pic..muahaha..
Selepas itu kitorang pergi ke kedai kasut 'Bata' sebab sorang daripada kitorang nak beli kasut..eh dah 'Bata' takkan nak pergi  beli buah kan..hehe..jadi yang tak membeli ni, apa lagi dah tak ada kerja..so,kami buat-buat la macam ada kerja..pic time.. :P
Setelah selesai membeli kasut,tempat terakhir yang dikunjungi ialah Secret Recipe.Choc indulgence pilihan Izzah dan Red velvet kesukaan kak hana.Sheera??..tumpang makan  jer,haha..Dalam perjalanan balik hujan masih juga tidak berhenti,kitorang nampak van RTM di kawasan yang dilanda banjir,nak membuat liputan di lokasi banjir agaknya.Apa lagi photgrapher yang tak berbayar ni tak pernah terlepas untuk melakukan tugasnya mengambil beberapa keping gambar di kawasan yang dilanda banjir..scroll down to check it out..Sebenarnya tersentuh hati ini bila melihat kesusahan orang yang dilanda banjir dan ini juga kali pertama Sheera saksikan kejadiaan banjir yang seteruk ini depan mata.Terfikir di benak,Mesti diorang sedih sangat..lapar..kerosakan harta benda..kesihatan..keselamatan jiwa..Bagi mereka perkara macam  ni dah macam upacara tahunan,hampir setiap tahun bencana banjir menimpa..'Ya Allah',kuatkan hati mereka semua untuk menghadapi situasi seperti ini yang merupakan satu ujian darimu.. Maka berolehlah keuntungan bagi orang-orang yang sabar...Janji Allah itu pasti!..










#phographer-Eiya 
Thanks4reading:))..me,InspiredLove!

Friday, 10 January 2014

Tak dan nak ke Rantau Panjang..

Assalamualaikum..pejam celik, pejam kena celik lagi dah mula cuti sem..rasa macam semalam je baru bergelar mahasiswi baru di UMKKJ ni..hurmm,blog ni memang slow sikit kalau bab meng'update sebab pemilik dia penyegan..haha..sepatutnya hari ni duit dah banyak flow dekat kawasan bebas cukai  rantau panjang sebab dah plan  dengan member lepas je abis exam terus nak berjimba shopping dekat sana tapi nak buat macam mana rezeki tak ada apabila baru-baru ni berlaku kebakaran di Rantau Panjang.Jadi,atas sebab itu dan juga alasan malas kami pun batalkan niat untuk ke sana..huhu

Kebakaran telah berlaku pada 6 Januari 2014 kira-kira jam 11.30 malam yang melibatkan 60 unit kedai hangus terbakar.Pihak bomba berjaya mengawal keadaan dalam masa 20 minit dan menyelamatkan dua buah kedai daripada terbakar.Punca kebakaran masih dalam siasatan..begitulah alkisahnya..scroll down to see the image(it's from Google).. :) hehe






#Thanksforreading..InspiredLove.. :)