Mawar Berduri
Di saat batin terpana
,
Di saat bibir tidak mampu mengoles bait bicara,
Terasyik dengan
nikmat dunia,
Terleka dengan perhatian yang mnjadi dambaan,
Terlena dengan pujian
yang menjadi rebutan,
Bukan ingin menabur harapan,
Bujukku,potretku dan
mesraku kerana itu adalah aku,
Hipokrit dunia tidak ingin menjadi pegangan,
Nista derita tidak mahu aku berikan,
Jika aku tidak bisa seperti Anggerik merah,
Jangan biarkan aku menjadi Mawar berduri,
Yang terlihat elok pada zahirnya,
Menarik pada lirikan pancaindera,
Tapi sayang ..darah pekat yang mengalir,
Mewujudkan kepedihan teramat pada paksi memori usang..
InspiredLove.. apabila budak science mula bersastera.. #SheeraRosman