Followers

Sunday, 11 October 2015

Suci dalam debu Resepi is here!..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Memandangkan  dah lama blog ni  tak diusik jadi.. haa!.. Hari ini nak share sedikit berkaitan resepi yang mudah,ringkas dan cepat..iaitu kuih yang kita panggil Suci dalam debu/popia nestum ..Sebenarnya,resepi ni kacang je dan bole kita dapati dari carian google dan bila kita cuba confirm jadi la.. Tapi disebabkan suatu ketika dahulu ada permintaan daripada ex-roommate kesayangan,cik yaya..katanya dia nak resepi yang sheera dah cuba sebab confirm jadi..ada- ada je yaya ni,nak juga bagi kerja kat kita kan..apa-apa pun maaf yaya dia atas kelewatan yang maha lewat..haha..Then, I am come out with this entry!

 Bahan –bahan yang anda perlukan ialah :
-sebungkus kulit popia
-secawan nestum (dikisar)
-1/2 cawan gula (dikisar)
-1/2 cawan susu tepung/Horlicks/as you like (dikisar)
-sedikit tepung gandum(sebagai gam)
-minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :
1 1) Ambil kulit popia  dan bentukkan mengikut citarasa (kalau sheera, suka buat yang petak-petak..satu kulit popia tu kerat melintang kepada lima bahagian dan setiap bahagian itu dilipat).gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air agar tidak terbuka ketika menggoreng.

22)  Untuk menggelakkan kulit popia daripada mengeras dan menyulitkan proses pembentukkan atau penyimpanan,boleh la tutup bekas yang berisi kulit popia dengan tuala .

33) Panaskan minyak untuk menggoreng,semasa menggoreng kena la selalu membalikkan kulit popia agar sekata warna dan masaknya.

44)  Sementara menunggu kulit popia sejuk dan tos minyak, bole la sediakan bahan-bahan yang perlu dikisar untuk membalut kulit popia tu nanti.

55)  Balut kulit popia tersebut  dengan bahan-bahan yang telah dikisar. Akhir sekali,boleh la simpan ditempat  yang kedap udara.



Suci dalam debu ni memang best tau, sheera memang suka sangat menikmati kuih ni walu dimana jua..hehe.. cara membuatnya nya pun senang saja kan .Kini giliran anda pula untuk mencubanya J.. Masa musim raya yang baru-baru ni sheera ada ambil tempahan untuk biskut ni dan Alhamdulillah sebab tiada la krik krik sangat.Terima kasih  kepada saudara mara terdekat yang telah memberi sokongan . Ada orang tu pun suka jugakkkk… hihihi

# Thanks for reading and commenting #InspiredLove

         

Thursday, 20 August 2015

Ke Bachok Ajumm..


Assalamualaikum..setelah sekian lama kan ..haha .. hai, aku tanya apa khabar semua? .. Haa dalam entri ni sheera nak bawakan sedikit pengalaman dan beberapa keping foto ketika berada di bachok, kelantan untuk menyiapkan tugasan program universiti. ALA Agrofarm merupakan sebuah ladang yang dimiliki oleh En.Azmi bin Luddin berkeluasan 53 ekar.Terima kasih yang tidak terhingga dari saya dan rakan-rakan kerana membenarkan kami untuk menimba pengalaman berharga disana.Baiklah cukup dah rasanya pesanan dari pihak penaja.. hoho .. jom kita tengok  beberapa keping gambar ketika di sana.


Inilah namanya sunburn demi ilmu.. tidak mengapa..hehe

Bersama-sama la kita yee..

EH2 .. lori tu xde brek tu.. serious. 

Sesi menemu ramah

Seindah sakura kataku.. :p

Bestnye dpt beramah mesra dengan Ahmad Albab ni.. dia mesra sangat tau sampai air liur tu terkena tudung kita.haha

Jangan tak tahu yang di Bachok, kelantan ni terdapat beberapa pantai yang sangat indah.. Antaranya pantai kemayang kalau  tak salah gitu la mek syu nyebutnya..
Kitorang dua je yang macam kanak-kanak ribena bila tengok pantai.. yeahh.. kita hampir kesitu..


Kami juga turut tidak melepaskan peluang untuk ke pantai Senok  yang menjadi  pilihan para pengantin untuk bergambar.. boleh la nti yee..hahaha..berangan memanjang..haihh, indah sungguh alam ciptaan Allah.. terbaikk!!



















Pantai irama merupakan lokasi yang patut anda kunjungi.. lautnya terbentang luas dan indah.. terdapat juga aktiviti seperti banana boat yang boleh kita rasai di sana.. disebabkan kesuntukan masa dan kekangan lain  jadi kami tidak berkesempatan untuk menaiki banana boat yang dikatakan agak ekstrem..alahai ruginya.. ermm..Sheera cakap je nak naik,tapi bila tiba waktunya nanti tak tau la.. gayat.. huhuhu


Thanks to photographer  NMJ
-Thanks for reading and commenting #InspiredLove ♡♥♡