Followers

Sunday, 11 October 2015

Suci dalam debu Resepi is here!..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Memandangkan  dah lama blog ni  tak diusik jadi.. haa!.. Hari ini nak share sedikit berkaitan resepi yang mudah,ringkas dan cepat..iaitu kuih yang kita panggil Suci dalam debu/popia nestum ..Sebenarnya,resepi ni kacang je dan bole kita dapati dari carian google dan bila kita cuba confirm jadi la.. Tapi disebabkan suatu ketika dahulu ada permintaan daripada ex-roommate kesayangan,cik yaya..katanya dia nak resepi yang sheera dah cuba sebab confirm jadi..ada- ada je yaya ni,nak juga bagi kerja kat kita kan..apa-apa pun maaf yaya dia atas kelewatan yang maha lewat..haha..Then, I am come out with this entry!

 Bahan –bahan yang anda perlukan ialah :
-sebungkus kulit popia
-secawan nestum (dikisar)
-1/2 cawan gula (dikisar)
-1/2 cawan susu tepung/Horlicks/as you like (dikisar)
-sedikit tepung gandum(sebagai gam)
-minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :
1 1) Ambil kulit popia  dan bentukkan mengikut citarasa (kalau sheera, suka buat yang petak-petak..satu kulit popia tu kerat melintang kepada lima bahagian dan setiap bahagian itu dilipat).gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air agar tidak terbuka ketika menggoreng.

22)  Untuk menggelakkan kulit popia daripada mengeras dan menyulitkan proses pembentukkan atau penyimpanan,boleh la tutup bekas yang berisi kulit popia dengan tuala .

33) Panaskan minyak untuk menggoreng,semasa menggoreng kena la selalu membalikkan kulit popia agar sekata warna dan masaknya.

44)  Sementara menunggu kulit popia sejuk dan tos minyak, bole la sediakan bahan-bahan yang perlu dikisar untuk membalut kulit popia tu nanti.

55)  Balut kulit popia tersebut  dengan bahan-bahan yang telah dikisar. Akhir sekali,boleh la simpan ditempat  yang kedap udara.



Suci dalam debu ni memang best tau, sheera memang suka sangat menikmati kuih ni walu dimana jua..hehe.. cara membuatnya nya pun senang saja kan .Kini giliran anda pula untuk mencubanya J.. Masa musim raya yang baru-baru ni sheera ada ambil tempahan untuk biskut ni dan Alhamdulillah sebab tiada la krik krik sangat.Terima kasih  kepada saudara mara terdekat yang telah memberi sokongan . Ada orang tu pun suka jugakkkk… hihihi

# Thanks for reading and commenting #InspiredLove