Followers

Wednesday, 26 February 2014

video amatur..

Assalamualaikum...Nak dijadikan cerita,selongkar punya selongkar laptop,aik!..terjumpa satu video..jeng jeng..haha..tak ada benda lar..video biasa jer,cuma yang special sikit..video ini merupakan video pertama yang Sheera edit 2 tahun lepas(masa takde kerja lepas SPM)hehe,time baru belajar nak bermain dengan movie maker dulu..al maklumalah first timer la katakan dah tentulah banyak kurangnya..saja nak try upload untuk memeriahkan sikit blog ni ha..jadi,disini saya merasmikan video sulung  di dalam blog saya..Enjoy!..

Apa maksud kata-kata dalam video ini???..rahsia budak-budak kot,haha..apa yang sheera boleh komen??..hanya yang berkenaan mampu memahami..hehe :P

# InspiredLove

Tuesday, 4 February 2014

Gunung Lang visit :)

Assalamualaikum..apa khabar ya saudara/saudari sekalian..allright,bersawang! berhabuk!..seperti biasa jari jemari yang tidak berapa cekap menaip ni selalu malas untuk meng'update blog..Adoyai!..tapi bukan sengaja sebab ada masalah sikit dengan internet connection..nak tau kenapa??..dah terlebih limit..huhu(padan muka kau)

   Baiklah,kawan-kawan sekalian malu nak mengaku yang..hurmm,haha..yee di sini saya Nur Shaheera mengaku dengan jujurnya walaupun saya adalah anak kelahiran Ipoh,Perak dan Gunung Lang merupakan tempat yang saya selalu lalu lalang tapi saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Gunung lang sehinggalah 18 Januari 2014 mencatat sejarah apabila saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sana..Maluuu siottt!..after 20 years..


   Enough of those nonsense..let's atart with story the mory..Buat anak-anak kelahiran Perak,entri kali ini mungkin macam..alaaa,itu pun ko nak kecoh,Gunung Lang jer punn kot..Tapi buat orang luar dan juga yang tak tahu apa yang sebenarnya ada kat sana sebab tak pernah pergi,mesti nak tahu kan,meh nak promote sikit negeri kelahiran sendiri..Gunung Lang, bagi Sheera satu tempat yang mempunyai pemandangan yang Indah dan berpotensi menjadi pusat tarikan pelancong untuk ke Perak jika dijaga dan dinaik taraf dengan baik.Nak bahas pasal kos??..korang cuma perlu RM 3.00 untuk menaiki bot..amacam??..tak rugi pun kan..ok,jangan cakap! faham dah..korang dah tak larat nak membaca kan..meh rileks-rileks usha sikit benda apa yang ada dekat Gunung Lang..ZOOM..




Hellooo..meet my mak and ayah..


Kepada adik-adik jangan risau kat sini ada taman permainan jugak tau.. :)



Nah ini dia tiket..


Haa!!..inilah bot yang teman kabo tu..




Ada banyak ikan dan kura-kura yang besau2 kat sini..kome bole ler beli dan beri makanan pada deme



Eh apa kat belakang tuh..

Siap ada replika rumah lagi..bole la bergambar..mesti cun!
Setakat itu saja lah yang dapat teman kabo kan pasai Gunung Lang.Diharapkan kepada sesiapa yang tak pernah lagi berkunjung ke sini moh ler kita beramai.Udah dekat beno dengan rumah teman ;) nyerongen ..nyerongen juga...hehe..(merosakkan bahasa sendiri jer)


Thanks for reading:) :).. Jikalau ada salah dan silap tolong tunjukkan yee..

 photographer@Eiya Shaheera

 # InspiredLove

Sunday, 12 January 2014

Ending of sem 1.. :)

Assalamualaikum..dua hari lepas sheera,izzah dan kak hana pergi ke Tanah Merah dengan tujuan untuk membeli tiket bas untuk kak hana tapi,as usual..sambil menyelam minum air..Bila masanya lagi kitorang nak outing ,jadi kami pun ambik kesempatan ni untuk luangkan masa bersama.kereta proton viva yang disewa meredah hujan dari Jeli ke Tanah Merah dan of course dari Tanah Merah kembali ke Jeli.
Lokasi pilihan untuk dituju disaat perut sedang kelaparan adalah KFC sebab itu jer tempat yang kami familiar nak2 tengah hujan so we need fOOd..huhu..tak ble bla betul my reaction in the pic..muahaha..
Selepas itu kitorang pergi ke kedai kasut 'Bata' sebab sorang daripada kitorang nak beli kasut..eh dah 'Bata' takkan nak pergi  beli buah kan..hehe..jadi yang tak membeli ni, apa lagi dah tak ada kerja..so,kami buat-buat la macam ada kerja..pic time.. :P
Setelah selesai membeli kasut,tempat terakhir yang dikunjungi ialah Secret Recipe.Choc indulgence pilihan Izzah dan Red velvet kesukaan kak hana.Sheera??..tumpang makan  jer,haha..Dalam perjalanan balik hujan masih juga tidak berhenti,kitorang nampak van RTM di kawasan yang dilanda banjir,nak membuat liputan di lokasi banjir agaknya.Apa lagi photgrapher yang tak berbayar ni tak pernah terlepas untuk melakukan tugasnya mengambil beberapa keping gambar di kawasan yang dilanda banjir..scroll down to check it out..Sebenarnya tersentuh hati ini bila melihat kesusahan orang yang dilanda banjir dan ini juga kali pertama Sheera saksikan kejadiaan banjir yang seteruk ini depan mata.Terfikir di benak,Mesti diorang sedih sangat..lapar..kerosakan harta benda..kesihatan..keselamatan jiwa..Bagi mereka perkara macam  ni dah macam upacara tahunan,hampir setiap tahun bencana banjir menimpa..'Ya Allah',kuatkan hati mereka semua untuk menghadapi situasi seperti ini yang merupakan satu ujian darimu.. Maka berolehlah keuntungan bagi orang-orang yang sabar...Janji Allah itu pasti!..










#phographer-Eiya 
Thanks4reading:))..me,InspiredLove!

Friday, 10 January 2014

Tak dan nak ke Rantau Panjang..

Assalamualaikum..pejam celik, pejam kena celik lagi dah mula cuti sem..rasa macam semalam je baru bergelar mahasiswi baru di UMKKJ ni..hurmm,blog ni memang slow sikit kalau bab meng'update sebab pemilik dia penyegan..haha..sepatutnya hari ni duit dah banyak flow dekat kawasan bebas cukai  rantau panjang sebab dah plan  dengan member lepas je abis exam terus nak berjimba shopping dekat sana tapi nak buat macam mana rezeki tak ada apabila baru-baru ni berlaku kebakaran di Rantau Panjang.Jadi,atas sebab itu dan juga alasan malas kami pun batalkan niat untuk ke sana..huhu

Kebakaran telah berlaku pada 6 Januari 2014 kira-kira jam 11.30 malam yang melibatkan 60 unit kedai hangus terbakar.Pihak bomba berjaya mengawal keadaan dalam masa 20 minit dan menyelamatkan dua buah kedai daripada terbakar.Punca kebakaran masih dalam siasatan..begitulah alkisahnya..scroll down to see the image(it's from Google).. :) hehe






#Thanksforreading..InspiredLove.. :)

Friday, 13 December 2013

Bicara mak cik kiut...

Assalamualaikum..what is your status??..it's complicated??..what's that mean??..sebenarnya korang semua betul,memang betul pun..manusia memang complicated dan akan menjadi lebih complicated kalau melibatkan perasaan..betul tak??sebab tu kadang2 kita pun sering tak faham apa yang kita sedang rasakan,ada kalanya macam pelik dan tak logik pun.Tapi itulah realitinya,apabila hati dan akal bertembung faktanya disitulah segalanya mula teruji dan kadangkala logika akan terabai sehingga hati mendapatkan ketenangan dan memilih paksi kebenaran..hurmm..complicated nye kan..nak hadam ayat sheera yang tunggang langgang lagi satu hal..hehe :P
              Cantik,comel,anggun, bergaya,manis,jelita..(kalau nak mention banyak-banyak tu bole jer tpi clash error(same meaning)) haha..cuba korang tengok orang-orang disekeliling..hurmm,kalau korang ada dalam bilik sorang-sorang apa kata ambik cermin sebab yang kat dalam cermin tu pun orang juga kan..hehe :P..kalau korang tak ada semua(cantik/comel/anggun/bergaya/manis /jelita)..at least mesti korang ada satu daripadanya yang terserlah kan..so,boleh lar mula perasan dengan diri anda sendiri..haha..itulah hakikatnya,Allah menciptakan manusia ni sempurna dengan kekurangan dan kelebihan dan mampu untuk saling melengkapi jadi bersyukurlah teman..Seorang itu pasti akan menjadi raja/permaisuri di hati seseorang..no doubt.. have faith with Allah..Sheera sangat bersyukur dengan apa yang sheera miliki disamping orang-orang yang menyanyangi diri ini..thanks 4 everything..



         Inspired LoVe..

Wednesday, 27 November 2013

Cover Story:Budak 13 Tahun Kahwin Cerai Talak Tiga..

Assalamualaikum..Baru-baru ini heboh di media massa mahupun media cetak berita berkaitan budak 13 tahun yang telah bercerai dengan talak tiga.Nor Fazira Saad merupakan seorang budak perempuan yang telah berkahwin pada 17 November 2012 tahun lalu dengan pasangannya Mohd Fahmi Alias yang kini berusia 20 tahun.Mereka telah berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu ketika Fazira berusia 12 tahun dan pasangannya berusia 19 tahun dan telah mencetuskan kontroversi apabila diumumkan sudah bercerai pada 11 November 2013 di Makhamah Syariah Kulim beberapa hari sebelum menjelang ulang tahun perkahwinan mereka.Perceraian mereka telah disahkan oleh Saad Mustafa, bapa kepada Nor Fazira Saad.Punca perceraian mereka adalah disebabkan masalah rumah tangga yang tidak dapat diselamatkan.


Antara artikel yang tersebar ketika mereka mahu mendirikan  rumah tangga


Gambar perkahwinan mereka....


# Inspired Love

Tuesday, 26 November 2013

berhabuk!! bersawang!!

Assalamualaikum..BERHABUK!!BERSAWANG!!..huhu,i'm back!!!..miss my blog but my hand just very lazy to open it..haih bertuah betul la kan..hai hai hai,miss uollsss lar..miss me??..muahaha,i knew it..
  Just untuk kesinambungan dari entry yang terakhir pasal PRS tu..hurmm,takde rezeki tapi apa pun Allah turunkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi :) :)..I get something better than that,now i'm one of the host,one of the 19 top host(Akademi pengacaraan in UMK jeli)..Alhamdulillah,pengacaraan merupakan something yang sheera minat.Sejak kebelakangan ni,sheera memang agak sibuk dengan test bagai..huh!.boleh dikatakan hampir setiap minggu ada test..Astaghfirullah,sabar je la..yee la kn nak dekat final ni macam tu la kan.7/12/2013 insyaAllah,sheera akan mewakili UMK kampus jeli untuk ke pertandingan pantun.Ni merupakan kali pertama UMK menghantar wakil ke pertandingan pantun dan sheera pergi hanya untuk pengalaman bukan untuk meraih suatu kemenangan.haaaa!!!..nak tau tak,baru je pagi tadi sheera dapat info yang tidak dibenarkan menggunkan pen dan kertas masa pertandingan(memang otak aku komputer)..huhu..apa pun ..FIGHTING!!!..alright geng,esok ada practical test biodiversity tapi still gatal mengupdate blog..hehehe..
foto ni masa lepas pembentangan tugasan pertama Akademi Pengacaraan..
                                  tangga pun jadi lar kalau tak ada stage..hehe..ada aku kesah???welk :P

thanks for reading(terbaca ker..hehe :P)

#inspired love.. :)