aish,tangan ni malas betul nak mengupdate blog yang dah memang berhabuk nie.Tapi tak pe,hari ni rajinkan diri juga nak menaip.Cik Shaheera!!!,tolong lar yee,pasni awk dah nak memulakan satu langkah besar iaitu bergelar seorang mahasiswa..eh!! mane boleh malas2 camnie..wake up!!.yess!! UMK and animal science wait for me k...:)
macam mana nak buat ayat nie..blurr..ok,1 sept ni sheera bakal mendaftarkan diri di UMK..dalam usaha untuk membuat persiapan kali pertama melangkah ke alam universiti pasti memberikan pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap individu kan..ada yang senang dan bagi sheera yang merupakan anak sulung bagi keluarga yang bukan berada ni pastinya agak berliku sikit perjalanannya..hemo hemo..banyak la sikit dugaan,pertamanya dari sudut kewangan dan juga pengalaman dalam erti kata lain kena la berdikari dan pandai2 nak hidup.Namun,semua itu dah berjaya diatasi..hehe..Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi atas kelancaran yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi membantu,juga tidak lupa kepada pihak kerajaan yang telah menjadikan semuanya lebih mudah...
Mungkin bidang science bukan la minat sebenar sheera,lebih terarah ke aliran sastera..tapi sedar pun dah terlambat kan,nak berpatah balik??..semua tu terasa buang masa jer..dah rezeki terarah kat bidang ni...yee saya terima dengan hati yang terbuka..yang penting niat nak menuntut ilmu kena ada,tak kisah la dalam bidang apa pun,semua boleh berjaya..
Dah bulatkan tekad yang lepas ni nak belajar bersungguh-sungguh,fokus merantau demi ilmu SAHAJA,niat nak ubah nasib keluarga dan diri untuk jadi lebih baik.Bila diri sendiri dah ok,baru lah boleh tolong orang lain dan berkongsi kesenangan dengan orang yang kurang bernasib baik.So, to all my friends going to be"tolong ingatkan aku...kalau degil sangat,rotan jer"haha..tapi pada la,jangan lar kuat sangat..huhu..sakit kot..

nie masa kat kampung..dah bunga ni yang palin dekat kat laman umh jer..nak g jauh2 pemalas nak kluar umh..ni pun jadi lar labu..hehe :P
Lepas ni insya Allah blog ni akan terisi dengan ilmu2 mengenai animal science..hehe..minggu depan dah nak kena pergi daftar..berdeebar bak hang..yee lar,first time kot..tapi chill lar,masa orientasi jer busy busy busy.Lepas tu ok dah..fuh! lega..ok2,sape nak jadi kawan kita???..(gedik sat)..lepas ni kita belajar kecek kelate pulok..
Alhamdulillah,terisi jugak blog ni hari ni dengan coretan yang ntah pape ni..hehe..sebelum beredar nak pantun tak???..aik,sabar2..nak reka jap..
kalau sayang hilangkan marah,
bisik kasih paling bererti,
Pertemuan itu satu anugerah,
jelas dimata,hangat di hati.
Macam mana pantun tu..ok tak???..keh keh keh..apa apa pun boleh dah..pantun ni khas untuk sesiapa yang terrrrsinggah dan terrrrbaca blog ni..pokok nya untuk semua deh,makasih ya kepada semua yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini,kalau ada kekhilafan pohon dimaafkan ya bapak,ibuk2(eh aku indon..hehe..keturunan tu ada lar)..kurangkan gula dalam minuman,tambahkan gula dalam senyuman..TATA..sayang semua..:)
No comments:
Post a Comment