Followers

Sunday, 9 November 2014

apa tengok2,ada hutang??.. ke lupa?

     Assalamualaikum.. 

    “Errr..Agaknya bila awak boleh bayar duit saya yang awak pinjam dulu yee??”..Serba salah kan bila kita berada dalam situasi yang seperti ini,ditelan mati emak,diluah pula mati bapak..lebih parah lagi bila melibatkan kawan sendiri .Aduhh!!..Tension!..Sepatutnya situasi seperti ini tidak perlu wujud kerana orang yang dah pandai-pandai guna duit orang lain tu sendiri yang perlu ingat sebab dia dah berhutang.Tak perlulah dipetik dalil-dalil dan bawa masuk ke dalam entri ni untuk menerangkan bahawa hutang itu WAJIB untuk dibayar.Rasanya sudah terang lagi bersuluh,dari kecik lagi kita dah tahu perihal ini.Pelik dan sedih sungguh hati ini,kalau kita tengok situasi dimana pemberi hutang yang rasa bersalah nak tuntut hak padahal orang yang berhutang buat don’t know jer.Kita kena faham,kalau kita susah kita mintak tolong orang,bila orang dah tolong please la jangan buat dia macam tu pulak kan,mungkin selama ni kita tak sedar dan mungkin terlupa jadi sebab itu sheera ingatkan..hihi..Bukan nak marah,bukan nak melenting tapi Cuma sekadar satu perkongsian.Well,Nasihat kan tandanya sayang!..Well,I love you all soo much! Cuma beringat la selalu,jangan sampai ada orang lain yang menderita dan maybe sampai tiada duit nak makan  sedangkan kita bersenang lenang dengan hak yang sepatutnya milik dia..jenoh kita nak menjawab di akhirat nanti..ermmmm..

-Jangan ambil mudah perkara yang pada hakikatnya berat..
Sama-samalah kita memperbaiki diri.. Even diri Sheera ni pun byk kekurangannya,Jika salah betulkan dan tegur lah yee dengan cara yang berhikmah ..peace no war ..

Thanks for reading..~Inspired Love


Saturday, 24 May 2014

puisi~mawar berduri


Mawar Berduri


Di saat batin  terpana ,
Di saat bibir tidak mampu mengoles bait  bicara,
Terasyik dengan nikmat dunia,
Terleka dengan perhatian yang  mnjadi dambaan,
Terlena dengan  pujian yang menjadi rebutan,

Bukan ingin menabur harapan,
Bujukku,potretku  dan mesraku kerana itu adalah aku,
Hipokrit dunia tidak ingin menjadi pegangan,
Nista derita tidak mahu aku berikan,

Jika aku tidak bisa  seperti Anggerik merah,
Jangan biarkan aku menjadi Mawar berduri,
Yang terlihat elok pada zahirnya,
Menarik pada lirikan pancaindera,
Tapi sayang ..darah pekat yang mengalir,
Mewujudkan kepedihan teramat pada paksi memori usang..

InspiredLove.. apabila budak science mula bersastera.. #SheeraRosman


Saturday, 1 March 2014

Tugasan ketiga AP2.. ngeee~~like it!

Assalamualaikum..Alhamdulillah syukur kepada ilahi,selesai juga tugasan ketiga dalam program Akademi Pengacaraan(AP) Musim ke-2 kampus Jeli.Semalam tugasan kedua yang tertangguh sebelum cuti sem iaitu forum telah berjaya kumpulan sheera sudahkan dengan jayanya..thanks to all member in my group,seronok dapat bekerjasama dengan korang semua.In sya Allah,18/4/2014 ini adalah majlis Grand Final bagi AP2,kalau tak silap tarikh tu lar..hehe,kalau ada rezeki masuk final,kalau tak pun jadi runner pun jadi lar..kihkihkih..
   Nak cerita sikit mengenai tugasan ketiga yang sheera kena lakukan dari pagi hingga ke tengahari tadi,kolaborasi AP2 dan Kelab Darul Falah UMKKJ..Here we go..Kami dikehendaki untuk menjadi facilitator kepada kanak-kanak yang berumur sekitar 10-11 tahun dan mengajar mereka Bahasa Inggeris.Agak terkejut sebab sebelum berangkat ke Darul Falah(kira-kira 25min dari UMKKJ) kami semua(peserta AP2)dimaklumkan bahawa kami akan melakukan tugasan itu secara berkumpulan tapi tiba sahaja disana.."Mak ai ramai doo..ada 164 adik2 yang comel2..kami,faci yang ikut cuma 14 orang jer dik..huhu"..jadi,kesimpulannya..indiviual task!!..sheera diamanahkan untuk menjaga 14 orang adik2,jumlah yang agak ramai sebab bila penasihat AP mintak 3 orang dari kumpulan sheera untk pergi ke kumpulan lain..semua tak nak.."tok se tubik! tokse tubik!..adik2 tu cakap..kesian kat akak korang ni haa..hehe,tapi takpe lar..dengar cakap akak k..hehe..hari ni memang pengalaman yang best sangat,aktiviti kitorang ialah WOrd search,story telling and puzzle...TERBAIK!!...








#thanks4 reading..InspiredLove..kids lover.. :) <3

Wednesday, 26 February 2014

video amatur..

Assalamualaikum...Nak dijadikan cerita,selongkar punya selongkar laptop,aik!..terjumpa satu video..jeng jeng..haha..tak ada benda lar..video biasa jer,cuma yang special sikit..video ini merupakan video pertama yang Sheera edit 2 tahun lepas(masa takde kerja lepas SPM)hehe,time baru belajar nak bermain dengan movie maker dulu..al maklumalah first timer la katakan dah tentulah banyak kurangnya..saja nak try upload untuk memeriahkan sikit blog ni ha..jadi,disini saya merasmikan video sulung  di dalam blog saya..Enjoy!..

Apa maksud kata-kata dalam video ini???..rahsia budak-budak kot,haha..apa yang sheera boleh komen??..hanya yang berkenaan mampu memahami..hehe :P

# InspiredLove

Tuesday, 4 February 2014

Gunung Lang visit :)

Assalamualaikum..apa khabar ya saudara/saudari sekalian..allright,bersawang! berhabuk!..seperti biasa jari jemari yang tidak berapa cekap menaip ni selalu malas untuk meng'update blog..Adoyai!..tapi bukan sengaja sebab ada masalah sikit dengan internet connection..nak tau kenapa??..dah terlebih limit..huhu(padan muka kau)

   Baiklah,kawan-kawan sekalian malu nak mengaku yang..hurmm,haha..yee di sini saya Nur Shaheera mengaku dengan jujurnya walaupun saya adalah anak kelahiran Ipoh,Perak dan Gunung Lang merupakan tempat yang saya selalu lalu lalang tapi saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Gunung lang sehinggalah 18 Januari 2014 mencatat sejarah apabila saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke sana..Maluuu siottt!..after 20 years..


   Enough of those nonsense..let's atart with story the mory..Buat anak-anak kelahiran Perak,entri kali ini mungkin macam..alaaa,itu pun ko nak kecoh,Gunung Lang jer punn kot..Tapi buat orang luar dan juga yang tak tahu apa yang sebenarnya ada kat sana sebab tak pernah pergi,mesti nak tahu kan,meh nak promote sikit negeri kelahiran sendiri..Gunung Lang, bagi Sheera satu tempat yang mempunyai pemandangan yang Indah dan berpotensi menjadi pusat tarikan pelancong untuk ke Perak jika dijaga dan dinaik taraf dengan baik.Nak bahas pasal kos??..korang cuma perlu RM 3.00 untuk menaiki bot..amacam??..tak rugi pun kan..ok,jangan cakap! faham dah..korang dah tak larat nak membaca kan..meh rileks-rileks usha sikit benda apa yang ada dekat Gunung Lang..ZOOM..




Hellooo..meet my mak and ayah..


Kepada adik-adik jangan risau kat sini ada taman permainan jugak tau.. :)



Nah ini dia tiket..


Haa!!..inilah bot yang teman kabo tu..




Ada banyak ikan dan kura-kura yang besau2 kat sini..kome bole ler beli dan beri makanan pada deme



Eh apa kat belakang tuh..

Siap ada replika rumah lagi..bole la bergambar..mesti cun!
Setakat itu saja lah yang dapat teman kabo kan pasai Gunung Lang.Diharapkan kepada sesiapa yang tak pernah lagi berkunjung ke sini moh ler kita beramai.Udah dekat beno dengan rumah teman ;) nyerongen ..nyerongen juga...hehe..(merosakkan bahasa sendiri jer)


Thanks for reading:) :).. Jikalau ada salah dan silap tolong tunjukkan yee..

 photographer@Eiya Shaheera

 # InspiredLove

Sunday, 12 January 2014

Ending of sem 1.. :)

Assalamualaikum..dua hari lepas sheera,izzah dan kak hana pergi ke Tanah Merah dengan tujuan untuk membeli tiket bas untuk kak hana tapi,as usual..sambil menyelam minum air..Bila masanya lagi kitorang nak outing ,jadi kami pun ambik kesempatan ni untuk luangkan masa bersama.kereta proton viva yang disewa meredah hujan dari Jeli ke Tanah Merah dan of course dari Tanah Merah kembali ke Jeli.
Lokasi pilihan untuk dituju disaat perut sedang kelaparan adalah KFC sebab itu jer tempat yang kami familiar nak2 tengah hujan so we need fOOd..huhu..tak ble bla betul my reaction in the pic..muahaha..
Selepas itu kitorang pergi ke kedai kasut 'Bata' sebab sorang daripada kitorang nak beli kasut..eh dah 'Bata' takkan nak pergi  beli buah kan..hehe..jadi yang tak membeli ni, apa lagi dah tak ada kerja..so,kami buat-buat la macam ada kerja..pic time.. :P
Setelah selesai membeli kasut,tempat terakhir yang dikunjungi ialah Secret Recipe.Choc indulgence pilihan Izzah dan Red velvet kesukaan kak hana.Sheera??..tumpang makan  jer,haha..Dalam perjalanan balik hujan masih juga tidak berhenti,kitorang nampak van RTM di kawasan yang dilanda banjir,nak membuat liputan di lokasi banjir agaknya.Apa lagi photgrapher yang tak berbayar ni tak pernah terlepas untuk melakukan tugasnya mengambil beberapa keping gambar di kawasan yang dilanda banjir..scroll down to check it out..Sebenarnya tersentuh hati ini bila melihat kesusahan orang yang dilanda banjir dan ini juga kali pertama Sheera saksikan kejadiaan banjir yang seteruk ini depan mata.Terfikir di benak,Mesti diorang sedih sangat..lapar..kerosakan harta benda..kesihatan..keselamatan jiwa..Bagi mereka perkara macam  ni dah macam upacara tahunan,hampir setiap tahun bencana banjir menimpa..'Ya Allah',kuatkan hati mereka semua untuk menghadapi situasi seperti ini yang merupakan satu ujian darimu.. Maka berolehlah keuntungan bagi orang-orang yang sabar...Janji Allah itu pasti!..










#phographer-Eiya 
Thanks4reading:))..me,InspiredLove!

Friday, 10 January 2014

Tak dan nak ke Rantau Panjang..

Assalamualaikum..pejam celik, pejam kena celik lagi dah mula cuti sem..rasa macam semalam je baru bergelar mahasiswi baru di UMKKJ ni..hurmm,blog ni memang slow sikit kalau bab meng'update sebab pemilik dia penyegan..haha..sepatutnya hari ni duit dah banyak flow dekat kawasan bebas cukai  rantau panjang sebab dah plan  dengan member lepas je abis exam terus nak berjimba shopping dekat sana tapi nak buat macam mana rezeki tak ada apabila baru-baru ni berlaku kebakaran di Rantau Panjang.Jadi,atas sebab itu dan juga alasan malas kami pun batalkan niat untuk ke sana..huhu

Kebakaran telah berlaku pada 6 Januari 2014 kira-kira jam 11.30 malam yang melibatkan 60 unit kedai hangus terbakar.Pihak bomba berjaya mengawal keadaan dalam masa 20 minit dan menyelamatkan dua buah kedai daripada terbakar.Punca kebakaran masih dalam siasatan..begitulah alkisahnya..scroll down to see the image(it's from Google).. :) hehe






#Thanksforreading..InspiredLove.. :)