Followers

Thursday, 29 August 2013

theXPresikuSEVEN: Resepi Kerabu Maggi Thai

theXPresikuSEVEN: Resepi Kerabu Maggi Thai: Bismillah Inilah seronoknya bila berada di rumah, boleh masak macam-macam. Kalau makanan kegemaran aku (macam biodata sekolah rendah pulak)...

Sunday, 25 August 2013

So how's your SPM math???..

      Assalamualaikum..........

kepada yang mengenali sheera,mesti dah tau yang sheera ni lemah sikit dengan number..1,2,3,4..haha,math fail!..huahuahua..masa time zaman sekolah dulu especially time form4 and form5 sir Goh(teacher yg paling best!!!,i love him..tak kering gusi kalau dia mengajar) setiap kali dia habis mengajar jer mesti dia akan tengok muka sheera,pastu apa lagi masing-masing membalas senyuman la..phewitt,dan part yang paling romantik tu bila dia mula membuka mulut perlahan-lahan dan mengeluarkan suara yang berbunyi "Shaheera,boleh faham??..kalau tak faham mai datang tanya yee"..."haaa,faham sir"(wei labu ce gitau aku ap yang hang faham)..korang nak tau kenapa sir nie meminati sheera,sebab budak nie lar yang selalu menjatuhkan ranking math 5suci tapi ada aku kesah??(tak patut2..ish3).Bila time homework tak tau nak buat,apa ada hal boss sheera,cik Syaza Anuar kan teror math(tabik spring).Kalau boss busy,PA dia ni mana bole kacau so wink2..cik yuga,julia,farah,syasya,shih ming,thenmoli,alice ,gayathri,may kym,samantha,choy,preeyaa,keshika,natasha and semua warga 5 suci..here I come...."hurmm,yang ni camne nak buat???"...kuang kuang..









Memang lar,orang selalu cakap kalau dalam peperiksaan besar macam SPM,PMR,UPSR grade akan turun berdasarkan performance tahun berkenaan.Maklumlah nak membolehkan ramai yang score tapi kena ingat juga 'tiada kejayaan yang akan bergolek tanpa usaha yang gigih'.How i'm score A for my SPM math???..yee lar kalau setiap kali exam markah standard bawah 50 tetiba exam besar leh score A,sebenarnya bukan duduk saja.Mungkin sheera memang jenis last minute(that's what happen in my matric(one of the reasons for not scoring well..huhu))..all right,untuk SPM Math..please scroll down gently hehe ><


  • Buat buku past year sehingga habis..dan ulang buat sehingga 3 kali..(cause,bila kita buat banyak kali,secara automatik jalan kerja akan dihafal! dan kita akan lebih familiar dengan bentuk2 soalan)..
  • Buat latihan satu lagi buku selain past year(tak kisah la klone ke ap2 ker,janji modul preparation untuk exam)
  • Masa dalam proses membuat latihan tidak menjadi kesalahan jika kita melihat jawapan bagi tujuan untuk memahami jalan kerja,sebenarnya jawapan yang disediakan dengan jalan kerja yang lengkap amat membantu tau!..yang menjadi kesalahan apabila kita melihat jawapan kawan sebelah ketika dalam dewan peperiksaan..hehe :P
  • Jika tidak memahami jalan kerja pada kertas jawapan rujuk la kepada guru2 atau kengkawan(yang faham lar,takut dapat ajaran sesat pulak kalau sama2 blurr) untuk mendapatkan kepastian..sikit yang kita tanya,mesti banyak yang dijawab..macam sheera dulu suka tanya kengkawan then lau tak paham jugak baru lar terhegeh-hegeh nak pergi tanya sir...
  • Make sure apa yang kita buat kita faham ,kalau tak confirm apa lagi..cepat-cepat pergi tanya cikgu..memang lar,kaki tu berat takut kena sembur kn??..sebabnya tak concontrate masa cikgu duk preng2 kat depan..tapi takpe,bukan bawa maut pun..btul dak??..
  • 'Practice makes perfect'....

ok,setakat tu jer kot dulu..dah mornight nie,tak larat eden nak menaip..kepada semua junior-juniorku yang sedang menghadapi trial,Chayok!!!..yeah!kamu semua boleh..kalau result trial ni mengecewakan,la tahzan jangan bersedih tau sebab ini bukan akhirnya.So,wake up!!,dah takde masa untuk menangis,'Biar susah dahulu asal senang kemudian'.Sis buat benda ni pun lepas trial,tu pun lepas sedar diri..hehe..Well..'Better late than never':)..list yang dekat atas tu cara Sheera masa SPM dulu tapi setiap individu ada cara yang berbeza 'Tepuk dada tanya iman'..:)...Good luck and All the best for all the UPSR,PMR,SPM candidates..

#Thanks for reading guys..inspired LoVe..;)



Friday, 23 August 2013

    Mak cakap "kalau susah tu berkat"..Assalamualaikum.......

aish,tangan ni malas betul nak mengupdate blog yang dah memang berhabuk nie.Tapi tak pe,hari ni rajinkan diri juga nak menaip.Cik Shaheera!!!,tolong lar yee,pasni awk dah nak memulakan satu langkah besar iaitu bergelar seorang mahasiswa..eh!! mane boleh malas2 camnie..wake up!!.yess!! UMK and animal science wait for me k...:)

macam mana nak buat ayat nie..blurr..ok,1 sept ni sheera bakal mendaftarkan diri di UMK..dalam usaha untuk membuat persiapan kali pertama melangkah ke alam universiti pasti memberikan pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap individu kan..ada yang senang dan bagi sheera yang merupakan anak sulung bagi keluarga yang bukan berada ni pastinya agak berliku sikit perjalanannya..hemo hemo..banyak la sikit dugaan,pertamanya dari sudut kewangan dan juga pengalaman dalam erti kata lain kena la berdikari dan pandai2 nak hidup.Namun,semua itu dah berjaya diatasi..hehe..Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi atas kelancaran yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi membantu,juga tidak lupa kepada pihak kerajaan yang telah menjadikan semuanya lebih mudah...

Mungkin bidang science bukan la minat sebenar sheera,lebih terarah ke aliran sastera..tapi sedar pun dah terlambat kan,nak berpatah balik??..semua tu terasa buang masa jer..dah rezeki terarah kat bidang ni...yee saya terima dengan hati yang terbuka..yang penting niat nak menuntut ilmu kena ada,tak kisah la dalam bidang apa pun,semua boleh berjaya..

Dah bulatkan tekad yang lepas ni nak belajar bersungguh-sungguh,fokus merantau demi ilmu SAHAJA,niat nak ubah nasib keluarga dan diri untuk jadi lebih baik.Bila diri sendiri dah ok,baru lah boleh tolong orang lain dan berkongsi kesenangan dengan orang yang kurang bernasib baik.So, to all my friends going to be"tolong ingatkan aku...kalau degil sangat,rotan jer"haha..tapi pada la,jangan lar kuat sangat..huhu..sakit kot..






nie masa kat kampung..dah bunga ni yang palin dekat kat laman umh jer..nak g jauh2 pemalas nak kluar umh..ni pun jadi lar labu..hehe :P


Lepas ni insya Allah blog ni akan terisi dengan ilmu2 mengenai animal science..hehe..minggu depan dah nak kena pergi daftar..berdeebar bak hang..yee lar,first time kot..tapi chill lar,masa orientasi jer busy busy busy.Lepas tu ok dah..fuh! lega..ok2,sape nak jadi kawan kita???..(gedik sat)..lepas ni kita belajar kecek kelate pulok..

Alhamdulillah,terisi jugak blog ni hari ni dengan coretan yang ntah pape ni..hehe..sebelum beredar nak pantun tak???..aik,sabar2..nak reka jap..

kalau sayang hilangkan marah,

bisik kasih paling bererti,
Pertemuan itu satu anugerah,
jelas dimata,hangat di hati.

            Macam mana pantun tu..ok tak???..keh keh keh..apa apa pun boleh dah..pantun ni khas untuk sesiapa yang terrrrsinggah dan terrrrbaca blog ni..pokok nya untuk semua deh,makasih ya kepada semua yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini,kalau ada kekhilafan pohon dimaafkan ya bapak,ibuk2(eh aku indon..hehe..keturunan tu ada lar)..kurangkan gula dalam minuman,tambahkan gula dalam senyuman..TATA..sayang semua..:)

Wednesday, 31 July 2013

Tips peperiksaan and my schoolife..:)

ASSALAMUALAIKUM.. Kepala nie gelong sikit cause smalam berjaga tak tido sampai waktu sahur..pekebendanye la budak nie duk buat??..eh ade la,sibuk jer..tadi mse belek-belek diari yang kat bawah ni terjumpa pulak sesuatu yang tetiba rasa macam nak share dengan adik-adik juniorku sekalian.Bukan ada sempadan umur ,semua pun bole tak kira lah sekolah ke,universiti ke ataupun alam pekerjaan.Anda boleh lah mengaplikasikannya jika relevan tapi terbukti tau..check it out!
 iklan jap,diari ni hadiah dari kawan sekolah.Kepada yang kenal diari ni"eh awak,kita simpan lagi diari ni tau..:)"..hemo hemo..Page yang berkaitan topik kita pada hari ini yee anak-anak adalah seperti yang dibawah..
Ni salah satu page dalam diari Sheera..ye lar,satu page je,mane bole manyak-manyak..heee
Diri nie nak cakap pandai tapi banyak yang memandai..hehe:P..tak pandai pun sebenarnya cause cuma gadis biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa.Peperiksaan besar seperti UPSR,PMR,SPM makin menghampiri dan bahangnya kian terasa.Macam mana adik-adik semua,dah ready???..tak kisah la apa pun jawapannya yang penting usaha tu biar mantap..Apa??..dah terlambat??..tak sempat??..kisah dongeng semata semua tu..Sekarang sheera nak berkongsi sedikit tips kejayaan semasa PMR dahulu,bukan berniat nak menunjuk ataupun apa-apa lar..tapi mana la tau ada serba-sedikit yang boleh dicedok dari pengalaman Sheera ni..pause2,bukan untuk budak PMR je,ingat semua pun bole..:)

Bermula la kisah..masa tingkatan 3 dulu sheera ni boleh dikatakan busy girl jugak lar dalam kelas..sebabnye?..dah ketua tingkatan kan,ade je kerja nak kena buat..ambik itu ini la,dah la time tu first time ad jawatan besar(sgt la kn..kih.kih)..so,memang tension..masa trial just dapat 1A sahaja yang lain semua kelaut..lalala~..mane tak tension??..Sheera last minute jer masa tu,lepas trial baru nak insaf..haa! ini lar antara tips yang Sheera amalkan dan pastinya tidak mengecewakan..
  • Siapkan semua latihan-latihan atau kertas-kertas berlambak yang cikgu bagi tu,sebab secara logiknya takkan satu soalan pun tak masuk kan..
  • Soalan past year dan soalan dari negeri lain memang penting!..soalan peperiksaan pusing kot tu jer..
  • Doa itu senjata mukmin,buat solat hajat sekurang-kurangnya 40 kali(bukan maksudnya sekaligus tau)..insya-Allah,doa dimakbulkan..
  • Selalu membaca al-Quran
  • Elakkan makanan ringan(junk food)...part ni yang perit sikit..huhu
  • Doa dan redha ibu bapa..itu memang sangat penting!!!
  • Mendoakan orang lain dan orang yang berjasa..
Alhamdulillah,kesemua usaha yang Sheera lakukan tidak sia-sia..memang la tidak mudah untuk melakukannya tapi ingat Allah dah janji di dalam al-Quran"setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan"..


                                                                     فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)..

  • Sekitar gambar kenangan di alam persekolahan..SMK Convent Butterworth..rindunyew...huhu;(
5 suci..cuba cari yang mana sheera???..jumpa x?..F5 bru jdi prefect..:)
2 tahun berturut-turut wakil sk. dalam pertandingan pantun..bangga ler tu ek??..kuang3







rindu sangat saat2 nie..mempengerusikan kelab p.Islam..



ok lar,penat dah menaip banyak bebeno...kepada semua calon peperiksaan sheera ucapkan selamat berjaya and do the best k..thanks for reading ..:)TATA :)













Sunday, 28 July 2013

hey!..mission completed...:)

Assalamualaikum..apa khabar kengkawan semua???..moga-moga sihat la yee..setelah sekian lama,blog ni pun dah naik bersawang tak dan nak kemas le katakan..ish3,anak dara sorang ni!!..tak tau nak cakap apa dah..hehe..ok2,nak sokseh sikit pasal last day di alam pekerjaan dan pengalaman-pengalaman yang boleh dikatakan tak boleh dilupakan..jom zoom sikit..
    25 Julai 2013,my last day of work baby ;)..it's thursday.. kena buat over time,full..yang tak bestnye geng 2 orang cuti hari khamis tu,are you here??..fiza and nizam..hehe..nasib baik kengkawan yang lain ada,round econsave buat huha huha lak dengan umira..:P.Awal-awal pagi dah dapat special gift daripada kawan yang baru kenal tapi dah rapat juga lar..meh nak kenalkan..yuga v gain,22..mempunyai diploma dalam perakaunan dan bercita-cita untuk buat part time degree:)..kepada  semua indian girl jangan lepaskan peluang cepat beratur ambik borang..hehehe..iklan seketika..sambung balik,agak teruja dengan gift dia..sebab??..ye lar indian boy boleh terfikir nak bagi hadiah brooch tudung..nampak tak???..nak tengok tak hadiah tu,haaa ni dia..cun kan???


sweet sangat...:)
Ada seorang regular customer,rapat juga lar dengan Sheera..dalam sehari dua kali dia akan datang econsave dahtu beli barang dalam kuantiti yang banyak,dengar cerita uncle tu macam pembeli barang untuk perniagaan restoran salam..selalu serve dia,tetiba lak sheera rasa nak bagitau dia yang hari ni last day so,pasni tak dapat la nak serve uncle dah..huhu..:(..Alih-alih....
 Customer   :adik lepas ni takde lar datang sini dah yer??
  Sheera      :lebih kurang macam tu lar uncle..
Customer    :Meh satu sampul raya..
Sheera         :Eh boleh uncle..
Customer     :satu pun dah cukup adik..
                   (uncle tu pun pandang belakang..selepas selesai proses transaksi...)
                    Adik ni mamu bagi duit raya dekat adik..
Sheera         :terima kasih uncle..
                    dalam hati( yess!!,tak sia-sia bagitau hari ni last day..kih kih kih)

Nampak tak permainannya disitu???..muahaha..nakal tol lar kau nie...:P..RM 15 pun sape nak bagi kan..alhamdulillah..:)

Dengan karenah customer yang bermacam ni bermacam-macam juga lar pengalaman yang Sheera dapat.Dorang ni semuanya nak betul sampai kekadang terasa macam ..what the???..mundur betul pemikiran sampai tak boleh nak bertoleransi..mana pergi budi bahasa??..itu untuk segelintir yang tak reti nak menghormati orang lain,tapi overall..i was impressed dengan sikap tolak ansur dan budaya menghormati yang korang tunjukkan..Well done!!.nak dengar satu cerita tak?.. satu pengalaman dengan customer yang buat jiwa ni bara seketika.. tapi seketika je lar..hehe..k,let's zoom..
Me(Sheera).cust(customer)..
Me     :Encik barang ni bole beli dua je..sebab limit..:)
cust   :Tapi kat sana tak ada tulis pun..bukan salah saya
Me     :(ini boleh mendatangkan marah)bukan salah saya jugak kn..
cust   :you all semua2 salah..tak pandai nak buat kerja..
Me     :Whatever...(takat didih da nie)
cust   :i'm just joking..main-main jew..plastik tak ada ker??..
Me     :(eh dia nie..)..plastik kat sini satu 20 sen..
cust   :what??
Me     :(dia ni pehal??,asyik nak cari pasal jer)..it's okay,everything can be                     settled ..here,this plastic bag I just give it to you,no need to pay..(penangan dia buat aq smpai speaking uh)..the total is  RM  bla bla..do you still want this two box of yeos??..(soya jew pun..tu pun nak kecoh ke??..tak faham betul aq)
cust    :ha yes2,i still want it please..but how?? (haaaa..bole pulak senyum,reti pulak budi bahasa)
Me      :nevermind i can do two receipt for you.. like what i said just now,everything can be settled right??..(ok,ni dah menyalahi etika cashier,kapada ID..hehe..i'm sorry..ni dah kira darurat..hehe)..
cust    :aih..you are so genius!!!..ok..thank you,see you around the corner k
(senyum tu dah sampai telinga laa bang..manis pun)          

lepas tu apa lagi,sheera terus close counter then pergi check tempat soya tu,memang takde tulis limit pun..huhu..then inform kat ID Maziah..kalau kak maziah ingat lagi lar..hehehe..

Dua bulan bekerja..Mission completed!!!..banyak pengalaman berharga dan Sheera ucapakan terima kasih sangat-sangat kepada semua yang memberi tunjuk ajar..al-maklumlah,bukan tau apa pun..kih kih kih..ni pun dh mula rindu dengan tugas dan semuanya lah..di sini jua memori tercipta walau seketika terjalin kasih kita..mungkin di sini kita kan terpisah,kenangan bersama tiada ku lupa..:) XOxo :D....

jangan tertipu..guitar tu rosak,belum sempat baik lagi..hehehe..hak milik my paksu  :P..hehew

thank you for reading..rodger and out..tata:)






Thursday, 11 July 2013

ijazah sarjana muda sains gunaan(sains penternakan)

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS 
PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN (LG32)
SINOPSIS
Haiwan ternakan merupakan salah satu daripada sumber makanan 
yang utama. Oleh itu, adalah amat penting sumber ini diberi perhatian khusus bagi memastikan sektor pertanian menjadi lebih kukuh. Program ini direka bentuk bertujuan untuk mempelbagaikan 
sektor pertanian, di samping menyokong aktiviti pertanian yang 
berkait rapat dengan kesihatan dan perubatan veterinar. Program ini 
dirancang untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dan 
berkemahiran untuk menerokai industri baru berasaskan sains haiwan yang mencabar. Program ini juga memberi penekanan kepada 
penggunaan teknologi bagi menjayakan proses peternakan akan 
digunakan meliputi kaedah dalam memastikan bidang sains peternakan dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan produk. Kesemua 
ilmu ini dibentuk untuk memastikan konsep keusahawanan melalui 
proses industri berasaskan sains haiwan, difahami oleh kerana ia 
berkait rapat dengan sektor ekonomi. Program ini menekankan 
kepada peningkatan daya pengeluaran sumber haiwan melalui penjagaan sistem peternakan yang berkesan dan sihat.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, graduan akan :
 Dapat memperolehi serta mengaplikasi ilmu pengetahuan, 
kemahiran dan pengalaman dalam bidang sains peternakan, di 
samping berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan.
 Dapat menganalisis isu semasa dan berupaya mengkaji kaedah 
penyelesaian dan membuat keputusan secara inovatif dan 
kreatif dalam menangani pemasalahan untuk meningkatkan 
industri peternakan di nagara ini. Di samping itu, pelajar diharap akan dapat mempelbagaikan ilmu pengetahuan ke arah 
mewujudkan industri pembuatan yang mempunyai nilai tambah dan nilai komersial.
 Menyumbang dalam menjanakan sektor ekonomi dalam 
proses perindustrian Negara berasaskan sumber sains haiwan 
dan sains peternakan.
 Graduan yang dilahirkan mampu mewujudkan kerjaya sendiri 
menggunakan ilmu pengetahuan yang dimiliki melalui aktiviti 
keusahawanan, di samping dapat menyediakan peluang pekerSTRUKTUR PENAWARAN KURSUS
TAHUN 1
Semester I: Biokimia dan Mikrobiologi, Biodiversiti, Matematik 
Asas, Ko-Kurikulum I, Bahasa Inggeris I, Titas.
Semester II: Genetik dan Biologi Molekul, Kimia Am, Anatomi dan 
Fisiologi Haiwan, Asas Keusahawanan (Elektif Keusahawanan), 
Bahasa Inggeris II, Ko-Kurikulum II.
TAHUN 2
Semester III: Biometri dan Rekabentuk Eksperimen, Kesihatan 
Haiwan, Genetik dan Pembiakbakaan Haiwan, Bahasa Inggeris 
untuk Sains, Hubungan Etnik, Elektif Keusahawanan.
Semester IV: Industri Poultri, Industri Ruminan, Teknologi 
Makanan Ternakan, Ekonomi dan Pemasaran Penternakan, Falsafah Ilmu, Elektif Keusahawanan.
TAHUN 3
Semester V: Pengeluaran Ternakan, Industri Haiwan Peliharaan, 
Industri Akuakultur, Bahasa Asing I, , Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia, Profesional dan Etika Moral.
Semester VI: Latihan Industri
TAHUN 4
Semester VII: Pengeluaran dan Keselamatan Sumber Makanan, 
Pengurusan Ladang Ternakan, Pengurusan Pengeluaran Akuakultur, 
Tajuk Khas dalam Peternakan, Projek Penyelidikan I, Bahasa Asing 
II.
Semester VIII: Perancangan Perniagaan Ternakan, Projek Penyelidikan II, Bahasa Asing III, Elektif Program I, Elektif Program II.
KERJAYA
Graduan program ini dijangka dapat memenuhi permintaan guna 
tenaga dalam pelbagai industri berasaskan pertanian, bioteknologi, 
pertanian, industri berasaskan pertanian, di samping pengeluaran 
makanan daripada sumber haiwan. Ini meliputi industri daripada 
kalangan pihak swasta ataupun syarikat berkaitan dengan kerajaan. 
Ini meliputi dalam kerjaya peternakan ataupun industri dalam proses 
hiliran yang berkaitan. 
Graduan juga boleh melibatkan diri dalam bidang penyelidikan bagi 
melahirkan inovasi terkini dalam usaha membantu perkembangan 
Tempoh Pengajian : 8 Semester (4 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan ijazah : 120 jam kredit
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dekan,
Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa
16100 Kelantan
No.Tel:09-7717226
No.Faks:09-7717232
E-mel:dean.fasa@umk.edu.my
Laman Web:www.umk.edu.my

copy kat internet jer nie..untuk info..hehe :P

percayalah aturan Allah yang terbaik..:)

Assalamualaikum..setelah beberapa lama tak mengupdate blog..hai!,apa khabar semua??..tak semuanya yang kita impikan boleh kita perolehi atau miliki.Always believe 'Allah tak bagi apa yang kita nak,tapi Allah bagi apa yang kita perlu' so, la tahzan innallah ha makna..Jangan bersedih,Allah sentiasa bersama kamu..

Dalam usaha mententeramkan hati yang gelisah dan tak tahu nak bersyukur.Kadang-kadang terfikir betapa egoisnya sheera nie,orang lain ade yang tak dapat mana-mana tempat di IPTA tapi kau dapat walaupun itu bukan apa yang kau harapkan.Nak tau tak apa masalahnya di sini,kau terlalu melihat orang yang lebih tinggi dari kau tapi tak pernah nak tengok jiwa-jiwa yang kesedihan dibalik kejayaan orang lain.Bersyukur la sekarang sebelum Allah tarik balik nikmat yang boleh bagi sinar pengharapan jika dilakar dengan baik.Belajar erti ikhlas dan redha,sesungguhnya aturan Allah itu adalah yang terbaik!!..Buat diri sendiri dan kawan-kawan yang mungkin seangkatan merasakan kepiluan sebab tak dapat apa yang diharapkan dan diidamkan,jom kita sama-sama belajar erti syukur, insya-Allah disebalik hujan ade lakaran pelangi yang indah buat kita..


So,Sheera dapat universiti mana???..here we go..ntah ap hal dengan internet nie,tak dapat tengok yang penuh lagi.Semalam masa tengok kelam kabut,maklumlah tengah break waktu kerja,nanti sheera update lain yee.Setakat ni,apa yang sheera tau,UMK-Universiti Malaysia Kelantan,Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan(penternakan)..apa tu??..I have no idea..:(..Sebenarnya tak ade apa-apa masalah pun dengan course tu tapi kena pergi Kelantan..huhu,jauh tu..mesti *homesick(fakta)..kepada kawan-kawan yang kenal Sheera mesti dah tau masa kat matrik dulu almost every week going back sampai diorang pn fed up..kn2..Tapi cik Nur Shaheera Rosman,positive k..bila lagi nak merantau kan,lagi pun pasni ble focus,tak nak nakal-nakal dah..tpi tak janji.muahahaha..eh2,ade kawan kat fb bgi link la..nah! ini dia

                        TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
LG32 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN
UMK - UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN...


thanks cik Faiz..:)camtu lar kawan..hehe
       
memang setuju sangat dengan pic nie...

full trust in ALLAH..<3

ok, korang roger2 K...makasih singgah..:P