Followers

Thursday, 26 September 2013

Temuduga pRs~

Assalamualaikum..pada 25/9/2013 sheera telah menghadiri sesi temuduga untuk menjadi ahli PRS yang berdaftar.Dengar cerita 40 orang ahli sahaja yang diperlukan tapi yang pergi temuganya ramai jugak..kalau tanya pasal  jumlah..hehe..eden tak tahu, tapi rasanya memang lebih dari satu ratus orang yang menghadiri temuduga tersebut..yup!,temuduga pun dah selesai dan dah pun buat yang terbaik,kalu ada rezeki,adalah..tak gitu???..
              Mula-mula tu memang agak nervous untuk menghadiri temuduga tersebut,nak pulak ada dengar cerita dari kawan yang roomate dia sampai balik sebab takut tengok orang lain ditemuduga..hew hew..Namun,sheera tetap bersemangat sambil ditemani oleh 2 orang rakan yang turut sama akan ditemuduga..bersemangat la sangat kan..hemo hemo..
#credit to PRS UMK jeli..korang perasan tak sheera kat belakang tu..hehe
              Allright,pengalaman ditemuduga oleh seorang abang senior yang of course berkarisma.Hurmm,antara sheera dengan 2 orang lagi kawan tu rasanya sheera yang masuk dulu tapi sheera jugak la yang keluar lambat,banyak jugak la benda yang ditanya oleh saudara Affuan.Selain itu ada sesi lakonan,berkenalan dengan 3 orang senior yang lain(dia suruh tanya nama,asal dengan kos senior tersebut)..ish3,bukan senang nak dapat..huhu..dan yang terakhir YDP PRS sendiri yang memberikan situasi yang sheera ni sebagai pendakwah memberikan motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM(secara spontan)..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pulang ke kamar dengan hati yang gumbira..hehe.baru pergi temuduga belum tentu terpilih kan??..tapi apa pun tak rasa terkilan la sebab dah mencuba.So,jangan pernah takut untuk mencuba jadi HEBAT sebab kita sememangnya HEBAT..AWESOME larr...


yang ada perkataan 'senior 'tu lar  yang menginterview sheera..

gambar ni diambil selepas temuduga tersebut..sakan kan..krik krik krik :p


setakat ini dulu yee..hey guys!!..thanks for reading ya.. :)
# InSpiRed LoVe..

Saturday, 21 September 2013

Idealis kampus berbasikal~

Assalamualaikum..jika ditanya pada bintang dimana hilangnya bulan??..agaknya apa jawab bintang ek??..haha,tak tahu nak auta apa kalau bab ni..tapi yang pasti jika ditanya apakah perasaan anda di waktu ini??..ini jawabnya.."Aku dihayutkan rindu yang indah pada paksinya namun bukan mudah untuk mengharunginya..di saat ini I will say"i miss you mak,ayah,adik dan semua insan yang memberi warna dalam hidup ini"..i miss you all soo much!!..and you,butterworth!..wait for me!!.i'll be there in 3 weeks time..hurmmm
        Pada 15 september telah dijanjikan bahawa 150 buah basikal akan dibawa masuk ke UMK kampus jeli untuk merealisasikan idealis kampus berbasikal...and of course,sekarang basikal tu dah patut ada kan,memang dah ada tapi masih tak boleh digunakan lagi..sebab???
huhuh..masih berikat,nak tunggu perasmian dulu ker??
Basikal tersebut akan bertaburan dan sesiapa yang menjumpainya boleh menggunakannya pada bila-bila masa di dalam kampus ini.Kampus Jeli ni tak ada la besar macam kampus dekat tempat lain dan sangat berhampiran dengan kolej kediaman,jadi satu kelebihannya tak perlulah berjalan jauh untuk ke fakulti.Tambah-tambah lagi bila dah disediakan basikal baru,bertambah semangat la untuk beriadah.hehe..tapi budak-budak lelaki yang duduk agak jauh dekat IBS macam lebih memerlukan kot..hurmm,korang ambik la yee,sesekali tu jangan la kedekut sangat..hak bersama kan???..jawapannya dah tentu-tentu la 'ya'..
sekali pandang cam comei jer..siap berbakul lagi..hew hew hew

Duduk kat sini dah makin hitam nampaknya,mana taknya,panas terik kot masa tengah hari..kalau terjumpa nanti jangan buat-buat tak kenal pulak yee..hehe..say(Assaalamualaikum/hai/hello)..apa-apa je lar..sedih eden!..
#thanks for reading..:)

Inspired Love  :)


Wednesday, 11 September 2013

My RouTe~JeLi..

Assalamualaikum.. perjalanan demi Allah untuk menuntut ilmu bermula dengan baik dan tiada sebarang masalah..Alhamdulillah..UMK wait for me!!!..i;m coming!!!.Bertolak dari Butterworth pukul 10.30 pagi dan jam sekarang menunjukkan pukul 11 pagi dikala kami berada di Baling..hehe..Perjalanan ini disertai oleh seluruh keluargaku emak,ayah,adik dan seorang kawan ayah yang sedang memandu.Ayah sheera tidak berapa tahu jalan untuk ke Jeli.Maklumlah tak pernah pergi la katakan..hew hew hew..
              Jalan dari Perak menuju ke Jeli agak mengerunkan sebab banyak selekoh yang didampingi oleh gaung yang dalam.Jom kita tengok sikit sekitar pemandangan menarik yang sempat Sheera ambil sepanjang perjalanan dari Perak ke Kelantan,Jeli.


macam pemandangan untuk ke Cameron Highlang kan??..


Cantik ciptaan Allah ni..Alhamdulillah,kita dapat menyaksikan keagungannya..hurmm,continue..tiba jer dekat Jeli kami pun mencari homestay atau hotel berdekatan tapi nasib tak menyebelahi apabila semua tempat penginapan di Jeli sudah penuh.Pasti semua ini gara-gara pelajar yang bakal mendaftar di UMK,baru la nak menyesal sebab tak tempah awal..huhu..ye lar,1st time kan jadi tak teringat langsung nak buat apa-apa tempahan.Akhirnya kami dapat menginap di sebuah homestay di Tanah Merah yang agak jauh dari kampus UMK Jeli.Agak berpuas hati dengan perkhidmatan homestay yang mengenakan bayaran RM 100 untuk satu malam.
alamak semua tempat penginapan dah takde yang kosong..lagu mana nie???..hehe

homestay di Batu II (ayah tersilap pronounce it as batu 2..hahahaha)..ada 3 bilik berpenghawa dingin dan semuanya seba lengkap..sangat berpatutan..
Benda best sekali nak cerita adalah bab makanan.Makanan dekat sini memang best-best,contohnya nasi kerabu,nasi dagang(tu jer la yang sempat untuk dicuba setakat ni).Yang paling best tu adalah durian Jeli,memang berbeza dari durian yang terdapat tempat lain...hurmm,terliur dibuatnya!.Kepada sesiapa yang berkesempatan untuk ke Kelantan jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan yang jarang untuk didapati di negeri lain ni.
nasi kerabu ni memamg terbaik lar...

durian terbaik dari dusun..Marvellous!!..
owh..rupanya nasi dagang ni nasi campur dengan pulut..pertama kali cuba,sebelum ni tahu dengar nama jer..

my mum..wanita paling cantikkk dalam dunia..:)

yang sweet nie..my sister..:)
sekita pemandangan di banjaran Titiwangsa..


Buat masa ni,ini sahaja yang boleh sheera kongsikan...thanks for reading..insya Allah,di kesempatan lain entry baru yee..:)inspired love

Thursday, 29 August 2013

theXPresikuSEVEN: Resepi Kerabu Maggi Thai

theXPresikuSEVEN: Resepi Kerabu Maggi Thai: Bismillah Inilah seronoknya bila berada di rumah, boleh masak macam-macam. Kalau makanan kegemaran aku (macam biodata sekolah rendah pulak)...

Sunday, 25 August 2013

So how's your SPM math???..

      Assalamualaikum..........

kepada yang mengenali sheera,mesti dah tau yang sheera ni lemah sikit dengan number..1,2,3,4..haha,math fail!..huahuahua..masa time zaman sekolah dulu especially time form4 and form5 sir Goh(teacher yg paling best!!!,i love him..tak kering gusi kalau dia mengajar) setiap kali dia habis mengajar jer mesti dia akan tengok muka sheera,pastu apa lagi masing-masing membalas senyuman la..phewitt,dan part yang paling romantik tu bila dia mula membuka mulut perlahan-lahan dan mengeluarkan suara yang berbunyi "Shaheera,boleh faham??..kalau tak faham mai datang tanya yee"..."haaa,faham sir"(wei labu ce gitau aku ap yang hang faham)..korang nak tau kenapa sir nie meminati sheera,sebab budak nie lar yang selalu menjatuhkan ranking math 5suci tapi ada aku kesah??(tak patut2..ish3).Bila time homework tak tau nak buat,apa ada hal boss sheera,cik Syaza Anuar kan teror math(tabik spring).Kalau boss busy,PA dia ni mana bole kacau so wink2..cik yuga,julia,farah,syasya,shih ming,thenmoli,alice ,gayathri,may kym,samantha,choy,preeyaa,keshika,natasha and semua warga 5 suci..here I come...."hurmm,yang ni camne nak buat???"...kuang kuang..









Memang lar,orang selalu cakap kalau dalam peperiksaan besar macam SPM,PMR,UPSR grade akan turun berdasarkan performance tahun berkenaan.Maklumlah nak membolehkan ramai yang score tapi kena ingat juga 'tiada kejayaan yang akan bergolek tanpa usaha yang gigih'.How i'm score A for my SPM math???..yee lar kalau setiap kali exam markah standard bawah 50 tetiba exam besar leh score A,sebenarnya bukan duduk saja.Mungkin sheera memang jenis last minute(that's what happen in my matric(one of the reasons for not scoring well..huhu))..all right,untuk SPM Math..please scroll down gently hehe ><


  • Buat buku past year sehingga habis..dan ulang buat sehingga 3 kali..(cause,bila kita buat banyak kali,secara automatik jalan kerja akan dihafal! dan kita akan lebih familiar dengan bentuk2 soalan)..
  • Buat latihan satu lagi buku selain past year(tak kisah la klone ke ap2 ker,janji modul preparation untuk exam)
  • Masa dalam proses membuat latihan tidak menjadi kesalahan jika kita melihat jawapan bagi tujuan untuk memahami jalan kerja,sebenarnya jawapan yang disediakan dengan jalan kerja yang lengkap amat membantu tau!..yang menjadi kesalahan apabila kita melihat jawapan kawan sebelah ketika dalam dewan peperiksaan..hehe :P
  • Jika tidak memahami jalan kerja pada kertas jawapan rujuk la kepada guru2 atau kengkawan(yang faham lar,takut dapat ajaran sesat pulak kalau sama2 blurr) untuk mendapatkan kepastian..sikit yang kita tanya,mesti banyak yang dijawab..macam sheera dulu suka tanya kengkawan then lau tak paham jugak baru lar terhegeh-hegeh nak pergi tanya sir...
  • Make sure apa yang kita buat kita faham ,kalau tak confirm apa lagi..cepat-cepat pergi tanya cikgu..memang lar,kaki tu berat takut kena sembur kn??..sebabnya tak concontrate masa cikgu duk preng2 kat depan..tapi takpe,bukan bawa maut pun..btul dak??..
  • 'Practice makes perfect'....

ok,setakat tu jer kot dulu..dah mornight nie,tak larat eden nak menaip..kepada semua junior-juniorku yang sedang menghadapi trial,Chayok!!!..yeah!kamu semua boleh..kalau result trial ni mengecewakan,la tahzan jangan bersedih tau sebab ini bukan akhirnya.So,wake up!!,dah takde masa untuk menangis,'Biar susah dahulu asal senang kemudian'.Sis buat benda ni pun lepas trial,tu pun lepas sedar diri..hehe..Well..'Better late than never':)..list yang dekat atas tu cara Sheera masa SPM dulu tapi setiap individu ada cara yang berbeza 'Tepuk dada tanya iman'..:)...Good luck and All the best for all the UPSR,PMR,SPM candidates..

#Thanks for reading guys..inspired LoVe..;)



Friday, 23 August 2013

    Mak cakap "kalau susah tu berkat"..Assalamualaikum.......

aish,tangan ni malas betul nak mengupdate blog yang dah memang berhabuk nie.Tapi tak pe,hari ni rajinkan diri juga nak menaip.Cik Shaheera!!!,tolong lar yee,pasni awk dah nak memulakan satu langkah besar iaitu bergelar seorang mahasiswa..eh!! mane boleh malas2 camnie..wake up!!.yess!! UMK and animal science wait for me k...:)

macam mana nak buat ayat nie..blurr..ok,1 sept ni sheera bakal mendaftarkan diri di UMK..dalam usaha untuk membuat persiapan kali pertama melangkah ke alam universiti pasti memberikan pengalaman yang berbeza-beza bagi setiap individu kan..ada yang senang dan bagi sheera yang merupakan anak sulung bagi keluarga yang bukan berada ni pastinya agak berliku sikit perjalanannya..hemo hemo..banyak la sikit dugaan,pertamanya dari sudut kewangan dan juga pengalaman dalam erti kata lain kena la berdikari dan pandai2 nak hidup.Namun,semua itu dah berjaya diatasi..hehe..Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi atas kelancaran yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang sudi membantu,juga tidak lupa kepada pihak kerajaan yang telah menjadikan semuanya lebih mudah...

Mungkin bidang science bukan la minat sebenar sheera,lebih terarah ke aliran sastera..tapi sedar pun dah terlambat kan,nak berpatah balik??..semua tu terasa buang masa jer..dah rezeki terarah kat bidang ni...yee saya terima dengan hati yang terbuka..yang penting niat nak menuntut ilmu kena ada,tak kisah la dalam bidang apa pun,semua boleh berjaya..

Dah bulatkan tekad yang lepas ni nak belajar bersungguh-sungguh,fokus merantau demi ilmu SAHAJA,niat nak ubah nasib keluarga dan diri untuk jadi lebih baik.Bila diri sendiri dah ok,baru lah boleh tolong orang lain dan berkongsi kesenangan dengan orang yang kurang bernasib baik.So, to all my friends going to be"tolong ingatkan aku...kalau degil sangat,rotan jer"haha..tapi pada la,jangan lar kuat sangat..huhu..sakit kot..






nie masa kat kampung..dah bunga ni yang palin dekat kat laman umh jer..nak g jauh2 pemalas nak kluar umh..ni pun jadi lar labu..hehe :P


Lepas ni insya Allah blog ni akan terisi dengan ilmu2 mengenai animal science..hehe..minggu depan dah nak kena pergi daftar..berdeebar bak hang..yee lar,first time kot..tapi chill lar,masa orientasi jer busy busy busy.Lepas tu ok dah..fuh! lega..ok2,sape nak jadi kawan kita???..(gedik sat)..lepas ni kita belajar kecek kelate pulok..

Alhamdulillah,terisi jugak blog ni hari ni dengan coretan yang ntah pape ni..hehe..sebelum beredar nak pantun tak???..aik,sabar2..nak reka jap..

kalau sayang hilangkan marah,

bisik kasih paling bererti,
Pertemuan itu satu anugerah,
jelas dimata,hangat di hati.

            Macam mana pantun tu..ok tak???..keh keh keh..apa apa pun boleh dah..pantun ni khas untuk sesiapa yang terrrrsinggah dan terrrrbaca blog ni..pokok nya untuk semua deh,makasih ya kepada semua yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini,kalau ada kekhilafan pohon dimaafkan ya bapak,ibuk2(eh aku indon..hehe..keturunan tu ada lar)..kurangkan gula dalam minuman,tambahkan gula dalam senyuman..TATA..sayang semua..:)

Wednesday, 31 July 2013

Tips peperiksaan and my schoolife..:)

ASSALAMUALAIKUM.. Kepala nie gelong sikit cause smalam berjaga tak tido sampai waktu sahur..pekebendanye la budak nie duk buat??..eh ade la,sibuk jer..tadi mse belek-belek diari yang kat bawah ni terjumpa pulak sesuatu yang tetiba rasa macam nak share dengan adik-adik juniorku sekalian.Bukan ada sempadan umur ,semua pun bole tak kira lah sekolah ke,universiti ke ataupun alam pekerjaan.Anda boleh lah mengaplikasikannya jika relevan tapi terbukti tau..check it out!
 iklan jap,diari ni hadiah dari kawan sekolah.Kepada yang kenal diari ni"eh awak,kita simpan lagi diari ni tau..:)"..hemo hemo..Page yang berkaitan topik kita pada hari ini yee anak-anak adalah seperti yang dibawah..
Ni salah satu page dalam diari Sheera..ye lar,satu page je,mane bole manyak-manyak..heee
Diri nie nak cakap pandai tapi banyak yang memandai..hehe:P..tak pandai pun sebenarnya cause cuma gadis biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa.Peperiksaan besar seperti UPSR,PMR,SPM makin menghampiri dan bahangnya kian terasa.Macam mana adik-adik semua,dah ready???..tak kisah la apa pun jawapannya yang penting usaha tu biar mantap..Apa??..dah terlambat??..tak sempat??..kisah dongeng semata semua tu..Sekarang sheera nak berkongsi sedikit tips kejayaan semasa PMR dahulu,bukan berniat nak menunjuk ataupun apa-apa lar..tapi mana la tau ada serba-sedikit yang boleh dicedok dari pengalaman Sheera ni..pause2,bukan untuk budak PMR je,ingat semua pun bole..:)

Bermula la kisah..masa tingkatan 3 dulu sheera ni boleh dikatakan busy girl jugak lar dalam kelas..sebabnye?..dah ketua tingkatan kan,ade je kerja nak kena buat..ambik itu ini la,dah la time tu first time ad jawatan besar(sgt la kn..kih.kih)..so,memang tension..masa trial just dapat 1A sahaja yang lain semua kelaut..lalala~..mane tak tension??..Sheera last minute jer masa tu,lepas trial baru nak insaf..haa! ini lar antara tips yang Sheera amalkan dan pastinya tidak mengecewakan..
  • Siapkan semua latihan-latihan atau kertas-kertas berlambak yang cikgu bagi tu,sebab secara logiknya takkan satu soalan pun tak masuk kan..
  • Soalan past year dan soalan dari negeri lain memang penting!..soalan peperiksaan pusing kot tu jer..
  • Doa itu senjata mukmin,buat solat hajat sekurang-kurangnya 40 kali(bukan maksudnya sekaligus tau)..insya-Allah,doa dimakbulkan..
  • Selalu membaca al-Quran
  • Elakkan makanan ringan(junk food)...part ni yang perit sikit..huhu
  • Doa dan redha ibu bapa..itu memang sangat penting!!!
  • Mendoakan orang lain dan orang yang berjasa..
Alhamdulillah,kesemua usaha yang Sheera lakukan tidak sia-sia..memang la tidak mudah untuk melakukannya tapi ingat Allah dah janji di dalam al-Quran"setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan"..


                                                                     فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)..

  • Sekitar gambar kenangan di alam persekolahan..SMK Convent Butterworth..rindunyew...huhu;(
5 suci..cuba cari yang mana sheera???..jumpa x?..F5 bru jdi prefect..:)
2 tahun berturut-turut wakil sk. dalam pertandingan pantun..bangga ler tu ek??..kuang3







rindu sangat saat2 nie..mempengerusikan kelab p.Islam..



ok lar,penat dah menaip banyak bebeno...kepada semua calon peperiksaan sheera ucapkan selamat berjaya and do the best k..thanks for reading ..:)TATA :)