Followers

Wednesday, 23 November 2016

Kosmetik korang masih selamat ke tu??



Assalamualaikum kawan-kawan..Hai apa khabar semua?..lama cheq dah tak buat ap-apa entry kan.. dah final year ni biasala dugaan Thesis..hihi.. Nak tanya sikit ni.. Cik adik manis yang selalu duk melawa sakan bersolek bagai ni ..produk kosmetik korang yang digunakan masih selamat ke tu??..Bukannya apa,diri sendiri ni pun kadang-kadang kurang peka sikit berkaitan tarikh luput produk-produk kecantikan ni..maklumlah bukan makanan kan..hehe..tapi sebenarnya perkara ni penting tau..cuba korang bayangkan,,bahan-bahan yang dah tak selamat tapi korang selamba badak je apply dekat muka yang korang jaga "giler2" tu,apply kat rambut yang" disayang sangat-sangat" tu .. giler tak meroyan beb!,,kesan dia jangka masa panjang kottt..ntah apa yang akan jadi.. Jadi mulai sekarang..dari hari ini..meh kita sama-sama menjadi insan yang prihatin..


ok..nak tau apa kesannya menggunakan produk tarikh luput?
  • Produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan
  • Takut memberi efek pada kulit ( radang dan sebagainya )..eiii ngerinyaa

Kalau kat negara Eropah , Kesatuan Eropah mempunyai arahan supaya tarikh luput ditunjukkan-sekurang-kurangnya untuk produk yang wujud kurang dari 30 bulan.

Tapi kalau di Malaysia..Seperti makanan, produk kosmetik dan pembersihan ada yang meletakkan tarikh tamat tempoh atau tarikh pembuatan contohnya seperti “Exp 12/2015″ dan “MFG 07/13″ tetapi tidak semua. Ada juga yang meletakkan tarikh Tempoh Selepas Pembukaan (PAO) seperti produk ini meletakkan logo seperti ini contohnya “12M” atau “24M”. Itu bermakna, produk itu boleh digunakan 12bulan ataupun 24bulan selepas dibuka. Selain itu juga, ada (undecipherable) kod kumpulan khas dicetak pada bekas produk dan anda boleh memeriksa sama mereka meletakkan tarikh luput produk di CheckCosmetic.net.


Jom..terus kita ke point Produk-produk yang selalu kita gunakan

Produk penjagaan kulit dan rambut


  • Pelembap, Krim Wajah dan Krim mata

6 bulan hingga 1 tahun. Bahaya jika menggunakan krim tamat tempoh bukan sahaja terletak pada keberkesanan produk, tetapi juga kemungkinan anda mengalami kerengsaan dan jangkitan bakteria. Krim yang diletakkan di dalam bekas boleh disimpan sehingga 9 bulan manakal produk yang menggunakan pam boleh digunakan sehingga setahun.


  • Pelindung matahari 

1 tahun . Ini adalah dikawal selia oleh FDA , jadi ia datang dengan tarikh luput biasanya boleh digunakan dalam masa satu tahun. Simpan di tempat yang jauh daripada cahaya matahari dari matahari untuk menghalang formula daripada menjadi tidak stabil.
sumber from google images
  • Krim anti- penuaan atau anti -jerawat 
sehingga 1 tahun , bergantung kepada bahan-bahan. Produk anti -jerawat yang mengandungi Benzoyl peroksida mempunyai jangka hayat tiga bulan selepas dibuka. Produk dengan antioksidan seperti retinol, Glycolic asid dan vitamin C juga akan menjadi tidak berkesan dalam masa yang cepat lepas dibuka.

  • Syampu, perapi rambut, dan produk rambut 
1-2 tahun dibuka, 3 tahun jika belum dibuka. Air dan udara yang masuk ke dalam botol boleh memecahkan formula produk.


sumber from google images

  • Loofas dan span mandi: 3 minggu untuk loofas 

7 minggu untuk span. Ini kerana bakteria mudah berkumpul di dalam span lembap.
  • Pembersihan badan 
Deodoran / Anti -perspirant :3 tahun atau semak tarikh tamat tempoh, jika ada. 

Krim pencukur : 2 tahun atau mungkin lebih lama jika disimpan dengan baik. 

Ubat gigi : Semak tarikh tamat tempoh, dicetak pada ubat gigi yang mengandungi fluorida. Ia biasanya 2 tahun selepas tarikh pembuatan. 

Pencuci mulut / Listerin : 3 tahun dari tarikh pembuatan, juga biasanya dicetak pada botol. 

Sabun : 3 tahun bagi kedua-dua sabun buku dan sabun cecair. Malah sabun boleh tamat tempoh dengan cepat jika ia mengandungi minyak pati.


  • Alat solek dan haruman

Perfume / Cologne : 2 tahun. Botol mungkin kelihatan cantik di kaunter , tetapi anda harus menyimpan ia dari cahaya matahari dan kelembapan.

Maskara dan pelapik mata cecair : 3 bulan. Dapatkan yang baru setiap 3 bulan dan jangan gunakan terus jika ia kering atau jika anda mempunyai jangkitan mata.

Bedak asas cecair : 6 bulan hingga 1 tahun.

Kosmetik berasaskan serbuk (contohnya, eyeshadows dan bedak asas serbuk) : 2-3 tahun.

Gincu dan lipgloss : 2 hingga 3 tahun.

Mata dan pensel bibir : 3 hingga 5 tahun. Tajamkan sebelum digunakan untuk memelihara produk ini. Pengilat kuku : 1-2 tahun




sumber from google images




Tips: Untuk membantu anda supaya ingat bila tarikh tamat tempoh produk, selepas membeli produk anda, tulis tarikh pembelian atau tarikh anda membuka produk.

sumber dari http://www.mariafirdz.com/2014/04/info-periksa-tarikh-luput-alat-kosmetik.html

InspiRedLove  thanks for Reading and Commenting..Semoga Bermanfaat!

Sunday, 7 August 2016

Air Barli Soo good!

Assalamualaikum..

Yuhuu guys..what’s up?..cuaca sekarang ni tak menentu kan..baru-baru ni  fenomena strok haba amat merisaukan..masing-masing jaga diri baik-baik yee..ok..nak tanya ni,mesti semua orang biasa dengar mengenai air barli kan?..memang tak  rugi lah kalau ada diantara korang yang memang meminati air ni..khasiat dia memang macam ni..Terbaekkk.. rasa pun memang enak wa cakap lu..hehe..boleh la yee lepas ni klu nak jadikan barli sebagai pilihan kalau makan dekat kedai tu..ok,sebelum kita pergi kepada macam mana cara nak sediakan air barli ni jom kita check it out khasiat yang boleh kita perolehi..

Khasiat air barli

1.Merawat UTI (Urinary Tract infections)- jangkitan saluran kencing

2. Membantu mengurangkan berat badan

3.Merendahkan tahap kolestrol

4.Jantung yang lebih sihat

5.Membantu sistem penghadaman

6.Mengawal kencing manis(Diabetes)

7.Kulit yang lebih sihat dan cerah

8.Menyejukkan tubuh

9.Membekalkan nutrisi penting kepada ibu mengandung

10.Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

Sila click untuk huraian yang lebih panjang dan mendalam mengenai barli.. . 

Macam mana nak sediakan..kacang je! Maksudnya barli.. ok ,mula- mula mestilah kena ada barli kan..
Kalau sheera yang masak kan,sukatan-sukatan ni aye tak ikut sangat..janji ada rasa,jadi la tu ..hihi..untuk memudahkan korang..ni sukatan yang boleh korang ikut..ala,rasa tu adjust la yee sesuai dengan tekak..

1.Barli -1 cawan
2.gula - 2 cawan (klu nak guna gula batu pun boleh,pandai2 adjust)
3.air - 5 cawan(kalau rasa xcukup,tambah la k)
4.lemon (kalau nak)
5.kulit kayu manis (kalau suka)
6.madu (ikut suka)

haa..buat yang tak pernah jumpa barli lagi..ni la dia haa,innocent ajee


Korang ambil la barli tu ,basuh dengan air lalu dan rendam dalam air sekurang-kurangnya satu jam yee..lepas tu boleh la rebus bersama bahan-bahan yang korang kehendaki..simple kan.. rebus sehingga air rebusan penuh menjadi setengah atau bila korang rasa barli tu dah cukup lembut dan sesuai untuk dinikmati..kemudain boleh la nikmatinya sejuk atau panas..


sambil menulis blog ..jom layan air barli..agar tak kesepian..
Kepada yang nak menurunkan berat badan disarankan untuk mengambil air barli 2 gelas sehari tapi jangan lebih dari 6 gelas sehari tau sebab air barli ni diuretik..nanti habis air dalam badan tu..apa-apa pun,bersederhana tu lebih baik kan kawan-kawan..Selain dari  untuk kesihatan dan sejukkan badan,barli juga memang  bagus untuk kecantikan.. ok2,ada masa nanti sheera share macam mana nak sediakan scrub muka yang berkesan dengan menggunakan barli ni yee.. buat yang dah tau tu,sama-sama la kita amalkan.. tata Love..

InspiredLove SheeraRosman

Friday, 5 August 2016

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

  Lebih dari sepurnama rasanya jari jemari ini tidak bekerjasama menekan butang keyboard  buat blog tercinta.. mungkin nafsu menulis dibawa pergi angin menyinggah.. ok2,sudahlah berkhayal kan..hihi.. disebabkan rasa untuk menulis Allah dah pulangkan kembali jadi sheera nak bagi update sikit pasal diri sendiri..muahehe.. 

   Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan diuji apabila mak tercinta terlantar sakit sekarang nikmat kesihatan buat mak dipulangkan sedikit demi sedikit..syukur yang tak terhingga padamu ilahi.. melewati fasa-fasa kritikal sehingga diri ini hampir berputus asa dan bersedia untuk menerima hakikat mungkin selepas ini hidup tanpa doa seorang ibu..perit..waktu yang sangat sukar, dengan peperiksaan akhir sem yang  merapat tapi fokusku ghaib disebabkan teringatkan mak yang masih di hospital ketika itu..tanpa berfikir panjang,aku meninggalkan kuliah, pembentangan,assignment,mini projek dan semuanya untuk sentiasa dipangkuan menjaga mak tercinta.. Kerana peperiksaan yang semakin mendekat,pembentangan dan mini projek yang harus aku selesaikan justeru aku harus kembali semula ke universiti untuk melunaskan tuntutan ilmu yang merupakan cita -cita dan harapan mak,ayah,adik dan orang-orang yang mencintai diri ini.. yee..Ada pensyarah yang memahami dan sangat memudahkan urusan aku yang gusar ketika itu tapi ada juga yang tetap bersikap tegas dan enggan memberi toleransi..pembentangan berkumpulan yang sepatutnya dilakukan 6 orang tapi aku harus melakukannya secara individu untuk mendapatkan carry mark ..yang itu,aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk  menambahkan markah..ada juga pensyarah yang terus meletakkan markah 'kosong' tanpa menilai terlebih dahulu alasanku.Mana lagi dengan beberapa kelas yang  tertinggal dan aku tidak tahu apa-apa berkaitan topik yang dibincangkan.. Mujur Allah hadirkan sahabat -sahabat yang banyak membantu..

  Dengan ujian kesakitan yang menimpa mak yang tak sedarkan diri di hospital samalah seperti ombak tsunami yang datang melanda dalam keluarga.. mana tidaknya,sumber pendapatan buat keluarga terus terhenti apabila ayah dan mak tidak dapat lagi berniaga seperti biasa.Hari-hari ayah terpaksa berulang alik ke hospital yang agak jauh juga dari rumah.. aku anak sulung dan hanya ada seorang adik ,jadi kami harus bertukar giliran untuk menjaga mak dan juga menguruskan rumah..bayangkanlah sumber ekonomi terhenti,mana dengan duit minyak untuk ke hospital,makanan harian,bil-bil yang tertrunggak..tapi Allah sentiasa ada,walaupun begitu kami sekeluarga tetap boleh menjalankan kehidupan seperti biasa..Saudara mara,insan tersayang,sahabat-sahabat tidak putus-putus memberi bantuan dan sokongan..terima kasih.. jasa kalian tidak akan pernah terbalas..insyaAllah andai suatu hari aku diizinkan untuk mendakap kejayaan, kalian sentiasa dalam ingatan dan aku akan sentiasa bersedia untuk membantu andai memerlukan..InsyaAllah ..

  Rezeki Allah itu luas sangat kann.. Kalau nak dicerita semuanya..memang x akan habis .walaupun dengan dosa yang menggunung,Allah tetap memnghulur pertolongan buat hambanya yang meminta..

  Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir dah pun keluar..satu keputusan yang tak aku sangka untuk sem ni!..xde la dekan pun tapi cukup membanggakan mak,ayah,adik dan orang tu..hihi..aku percaya ini bukan sahaja kerana usaha aku bertungkus lumus tapi juga berkat doa dari seorang ibu,ayah,kelurga dan semua yang mendoakan.. Alhamdulillah..

Berbaktilah buat kedua orang tua selagi kau masih miliki kesempatan itu... sekian..

InspiredLove SheeraRosman